PADA masa ini semakin ramai memilih untuk tinggal di kediaman bertingkat tinggi (high-rise) terutama warga kota di bandar-bandar besar terutama Kuala Lumpur. Pastinya kediaman jenis ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu khususnya membabitkan soal fasiliti termasuk parkir. Menerusi satu video yang tular di media sosial, seorang wanita yang tinggal di sebuah kondominium berkongsi video rutin dia bersama suami dan anak kecil menaiki kereta untuk pergi membeli barang dapur di sebuah pasar raya. Tangkap layar video perjalanan keluar dari parkir bertingkat. Rakaman yang berdurasi satu minit dan 44 saat itu menunjukkan perjalanan mereka pergi dan balik dari kawasan parkir yang terletak di tingkat tujuh. "POV (sudut pandangan atau point of view) anda tinggal di (kediaman) high-rise dan ia adalah hari beli barang runcit. Kalau jalan kaki, dah sampai dulu," luahnya tanpa mendedahkan lokasi kediamannya. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bengang susah kikis duit BF, gaji 6K tapi kedekut... Bawa makan tempat biasa, belanja shopping jauh sekali ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami... Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua Video yang padanya mula dimuat naik di TikTok itu kemudian tular di laman X sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan pandangan netizen. "Teruk orang duk rumah high-rise masa hari beli barang runcit. Teruk orang duk rumah landed (atas tanah) di kawasan pinggir bandar pula, hari-hari hadap kesesakan lalu lintas. "Kita semua ada sesuatu yang sanggup untuk berkorban," kata individu yang berkongsi semula video berkenaan di laman X. Tangkap layar perjalanan masuk ke parkir bertingkat. Selain momen pasangan suami isteri itu yang kelihatan bersusah-payah mengangkat barang dari tempat parkir ke rumah, kenderaan mewah jenis BMW milik mereka turut menjadi modal kritikan netizen. "Kereta mahal, beli troli pun tak mampu. "Kereta mahal takkan tak boleh beli wagon (troli serbaguna). Satu trip selesai," demikian antara komen netizen. Kalau barang banyak, saya pakai stroller (kereta sorong) anak saya je. PEMILIK VIDEO TIKTOK Menerusi ruangan komen, wanita di dalam video berkenaan tampil menjelaskan dia bersama keluarganya sebenarnya tiada masalah untuk tinggal di kediaman bertingkat tinggi. Menurut suri rumah itu, video yang dimuat naiknya di TikTok itu bertujuan untuk berkongsi aktiviti dan momen harian seperti memasak, mengemas dan membeli barang. "Yang cakap saya menunjuk, video tu didedikasikan untuk vlog. Yang cakap saya tak kenal troli, barang masa (beli) ni tak banyak pun. "Kalau barang banyak, saya pakai stroller (kereta sorong) anak saya je. Dan saya tak mengeluh pun duduk high-rise. Saya enjoy je," katanya. Suami isteri ini mengangkat beg mengandungi barang-barang runcit. Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata dia juga sedar tentang hakikat yang perlu diterima penghuni di kediaman sepertinya. "(Kediaman) high-rise begitu la. Nak parkir paling bawah, kena beli rumah paling atas. Tinggal di rumah (aras) tengah-tengah dapatlah parkir tengah-tengah juga," ujarnya. Jelasnya lagi, kawasan perumahannya terletak berdekatan dengan pusat beli-belah namun dia bersama suami lebih selesa untuk menaiki kereta. "Dekat la tapi kalau nak bawa barang banyak, susah jalan kaki," tambahnya. Wanita berkenaan turut bersetuju dengan pandangan ramai bahawa kediaman bertingkat tinggi adalah pilihan terbaik bagi mereka yang memilih untuk menjalani kehidupan di Kuala Lumpur. "Yang penting ada tempat tinggal dan selesa. Cuma struggle nak pindah la," kata seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube