PENANAMAN durian seperti Musang King semakin mendapat perhatian ramai meskipun penjagaan rapi diperlukan. Malah ada yang sanggup mengeluarkan modal yang banyak bagi memastikan tanaman kekal terpelihara seterusnya memberi pulangan besar. Menerusi satu hantaran di laman Facebook, seorang pengusaha durian berkongsi masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan kebunnya. "Saya ada kebun, keliling kebun saya ada pagar zink dan juga pagar elektrik. Saya tanam durian yang sedang membesar. Durian memberikan pulangan yang besar kepada pengusahanya. -Gambar hiasan "Masalahnya sekarang, keliling kebun saya ialah hutan dan pokok yang terbiar. Ada banyak pokok kayu yang sedang mereput dan banyak kali juga tumbang ke arah kebun saya. "Pagar zink dan elektrik dihempap menyebabkan saya perlu berterusan melakukan pembaikan," luahnya. Mengakui perlu sentiasa mengeluarkan kos untuk membaik pulih kerosakan yang dialami, ujar lelaki ini, dia cuba mencari pemilik tanah di sebelah kebunnya. Namun katanya, usaha yang dilakukan selama bertahun-tahun itu gagal sehinggalah baru-baru ini dia terjumpa anak kepada tuan tanah berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Berbudi kepada tanah takkan rugi” - Pereka grafik wanita ini rela tinggalkan kehidupan kota, balik Teluk Intan jadi petani ARTIKEL BERKAITAN: Gigih kumpul duit, suami isteri berhenti kerja nak berbudi pada tanah... berbaloi pekakkan telinga diperlekeh, dah tuai 20 ekar pisang dan ubi! Menurutnya, sejurus bertemu dengan waris tanah terbiar itu, dia terus meminta izin untuk membersihkan kawasan sekitar kebun menggunakan jentera. "Selama bertahun-tahun saya cuba cari tuan tanah tapi gagal sampailah baru-baru ni saya terjumpa anak kepada tuan tanah. Saya minta izin untuk clear kawasan sekeliling kebun menggunakan excavator. "Saya maklumkan bahawa pihak excavator juga mengambil kayu untuk dijual. Tuan tanah bersetuju tentang ini," tambahnya. Beranggapan masalah yang dihadapi sejak sekian lama selesai selepas kawasan sekitar kebun dibersihkan, lelaki ini terkejut apabila dia didatangi pula seorang individu yang turut mengakui sebagai pemilik tanah tersebut. Suruh dia bayar kos repair pagar yang rosak akibat pokok dalam tanah dia tumbang. WARGA MAYA Umpama rumah siap tapi pahat masih berbunyi, individu tersebut juga bertanyakan tentang hasil jualan kayu pokok yang ditebang. "Setelah kerja selesai, tiba-tiba saya didatangi seseorang, rupa-rupanya tanah tersebut atas nama dua orang dan dia marah sebab tidak tahu-menahu. "Dia tanya saya kayu-kayu dijual ke mana dan harga berapa. Anggapan saya, berkemungkinan dia inginkan duit hasil jualan kayu tersebut. "Saya faham ini memang hak dia, tapi rasa terkilan sebab lepas buat macam ni barulah muncul tuan tanah sedangkan selama ni merata tanya orang, semua tak tahu siapa tuan tanah," ujarnya sayu. Antara reaksi warga maya pada hantarannya. Tambahan pula kos yang dikeluarkan untuk membersihkan tanah bukanlah murah sebaliknya melibatkan harga ribuan ringgit. Lebih merunsingkan apabila individu tersebut membuat laporan polis seolah-olah tanahnya diceroboh tanpa kebenaran. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menasihatinya untuk menyenaraikan segala kos yang dikeluarkan termasuk kerugian semasa baik pulih pagar. "Senaraikan kos, sekali dengan repair pagar semua, hantar ke tuan tanah tersebut. Biar dia tahu, dia yang tengah berhutang. "Buat cover report. Masukkan fakta yang tuan sebut ni dalam laporan dan berikan penekanan sedikit bahawa semua dilakukan dengan keizinan tuan nombor satu. "Daripada segi hukum tuan berhak untuk tidak bayar sekiranya hasil jualan kayu tu tidak lebih daripada kos untuk membersihkan tanah terbiarnya yang membahayakan jiran sekeliling. "Abaikan... dia bising suruh dia bayar kos repair pagar yang rosak akibat pokok dalam tanah dia tumbang," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube