suria

Lantik isteri jadi ‘menteri kewangan’ keputusan terbaik! Lelaki ini dedah rahsia 19 tahun hidup bahagia... Mampu beli MPV, rumah teres

Sabar dan saling memahami adalah antara kunci kebahagian rumah tangga. -Gambar hiasan

MEDIA sosial sering menjadi tempat luahan perasaan sama ada lelaki mahupun wanita.

Terbaharu, hantaran seorang lelaki bergelar suami mendapat perhatian ramai selepas dia secara tidak langsung memuji sikap isterinya yang tetap setia meskipun perlu menjalani kehidupan serba kekurangan.

Malah dia turut berkongsikan rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang sudah mencecah usia 19 tahun.

Memulakan cerita, individu yang enggan dikenali ini berkata, pada awal perkenalannya dengan isteri sekitar 23 tahun lalu, dia tidak mempunyai sebarang kenderaan termasuk motosikal.

Pasangan ini berkahwin selama 19 tahun.

Setiap perkahwinan pasti ada cabaran dan dugaan menanti. -Gambar hiasan

“Kenderaan utama saya adalah pengangkutan awam. Pada permulaan perkahwinan, gaji sekitar RM700. Kalau dicampur OT (kerja lebih masa), dapatlah RM1,100.

“Duit sewa rumah pada 2005, dah RM500 dan bakinya digunakan untuk kegunaan dapur serta tambang pengangkutan awam,” ujar lelaki itu sambil menyatakan isterinya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Meskipun hidup dalam serba sederhana, namun katanya gaji yang diperoleh tetap mencukupi sehingga bulan seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tetap puji suami baharunya ‘baik’ walau suka ugut, maki anak tiri! Terfikir beri si kecil kepada ex-husband

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis tak kisah BF kerja guard, ada ‘pakej lengkap’ suami mithali! Masalahnya mak ayah nak menantu kerja gomen

Mengimbau tempoh lima tahun terawal perkahwinan, individu ini menzahirkan rasa syukur kerana isterinya tidak pernah merungut meskipun mereka tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk kegunaan harian.

“Tahun pertama sehingga tahun kelima perkahwinan, saya tidak mempunyai kenderaan tetapi saya bersyukur isteri tidak pernah merungut.

“Saya tidak mempunyai kenderaan tetapi saya senang bergerak kerana kemudahan awam semua depan mata sebab area Wangsa Maju (Kuala Lumpur) serba cukup lengkap dengan kemudahan seperti mall dan pengangkutan awam,” luahnya lagi.

Rezeki datang apabila isteri reda dan sering mendoakan suaminya.

WARGA MAYA

Menurut lelaki ini, kehidupannya sekeluarga mula berubah sekitar tahun 2009 iaitu selepas anak keduanya dilahirkan.

Malah katanya, berkat kesabaran dan kesungguhan dia akhirnya berjaya membeli sebuah kereta jenis Proton Saga BLM pada tahun 2010.

Mengakui rezeki mencurah-curah sepanjang perkahwinan, dia juga berjaya membeli sebuah rumah teres pada usia perkahwinan ke-14 tahun.

“Selang lima tahun iaitu baru-baru ini, saya dapat membeli sebuah kereta jenis MPV (kenderaan pelbagai guna) yang mempunyai tujuh tempat duduk,” tambahnya.

Rumah impian berjaya dibeli selepas perkahwinan mencapai usia 14 tahun. -Gambar hiasan

Memiliki kediaman sendiri menjadi impian setiap individu yang bekerja. -Gambar hiasan

Menurut lelaki ini, dia keluarga sentiasa dimurahkan rezeki kerana tidak pernah mengabaikan nafkah terhadap isteri dan anak-anak.

Bahkan katanya, kesemua duit gaji yang diperoleh diserahkan sepenuhnya kepada isteri supaya wanita berkenaan dapat menguruskan segala perbelanjaan dan bayaran komitmen bulanan yang diperlukan.

“Duit gaji saya serah bulat-bulat pada isteri untuk menguruskan bayaran dan belanja keperluan dapur.

“Saya paling pantang kalau hidup ni terlalu berkira dengan duit sebab duit tidak boleh bawa mati dan kerana duit adik-beradik boleh bergaduh.

Warga maya memuji lelaki ini dan isterinya.

Warga maya memuji lelaki ini dan isterinya.

“Janganlah kedekut duit dengan isteri, anak-anak mahupun keluarga... kalau ada kita hulur, kalau tak ada cakap tak ada,” tambahnya.

Hantaran yang dibuat lelaki ini membuatkan ramai memuji tindakan yang dilakukannya serta keberuntungan memiliki isteri yang memahami dan setia walaupun perlu hidup susah.

“Rezeki datang apabila isteri reda dan sering mendoakan suaminya. Teruskan membahagiakan isteri tuan, namun jangan lupa menghulur untuk ibu bapa juga.

“Alhamdulillah, murah rezeki dengan isteri yang bersyukur dan memahami.

“Saya doakan semoga dilapangkan urusan dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan anak-anak yang soleh solehah... asbab menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik sekali,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain