TIDAK sedar diuntung! Ungkapan sedemikian sememangnya sesuai ditujukan untuk seorang pengemis wanita yang tidak tahu mengenang jasa dan mensia-siakan bantuan diterima selepas nasibnya mendapat pembelaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Jejak Jalanan. Pengemis wanita yang hanya dikenali sebagai Nurul itu difahamkan pernah dibantu oleh pengasas NGO berkenaan, Abbe Hae, sekitar September tahun lalu. Selain disediakan sebuah bilik selesa untuk penginapan bersama dua anak kecilnya, wanita tersebut turut diberi bantuan bulanan yang keseluruhannya berjumlah RM1,500, perabot, barang dapur dan pakaian. Bagaimanapun tidak tahu di mana silapnya, Nurul melarikan diri bersama dua anaknya dan kembali melakukan aktiviti meminta sedekah di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tiga beranak itu berjaya dikesan dan ditemukan semula Abbe Hae beberapa hari lalu, sekali gus aktivis masyarakat tersebut terus bergegas ke lokasi mereka meminta sedekah. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Abbe Hae, aktivis tersebut dilihat tidak dapat menahan kemarahannya ketika berdepan dengan wanita berkenaan. Abbe Hae ketika mengunjungi bilik sewa Nurul yang didiami oleh wanita itu bersama dua anaknya. "Kau ni Nurul, kau dah duduk senang dekat Chow Kit tu... duit bantuan RM1,000. Sewa bilik dah cukup dah untuk anak-anak. Sekarang ni tak ada apa-apa sebab untuk kau dah lari. "Kau buat hal, kau tahu tak? Kau tahu tak budak-budak ni aku dah buat macam anak aku? Merata aku cari kau. Kalau orang tak beri maklumat, mampus aku tak jumpa," ujarnya melepaskan kemarahan. Abbe Hae kemudian meminta Nurul membawanya ke bilik sewa barunya untuk melihat keadaan tempat tinggal terkini tiga beranak berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis wanita ‘ditangkap’ pandu Honda CRV! Bagi alasan jaga 2 warga emas, rumah di kawasan elit KL jadi tanda tanya ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas orang susah malas kerja, suka minta bantuan! Sekali dibantu merayu mahu lagi - “Jahat ke aku?” Ternyata, keadaan bilik tersebut yang kotor, berselerak dan tidak terurus membuatkan Abbe Hae terkejut. "Aku tak fahamlah Nurul! Aku nak bantu kau macam mana lagi? Habis kudrat dah aku bantu kau. "Bilik kau dulu, katil aku beli RM2,000... dengan cat apa semua sekali RM3,700. Tak sempat duduk dua tahun, kau lari," bebelnya. Kadang-kadang orang susah ni bukan tak ada orang nak tolong tapi mereka sendiri tak nak ubah nasib mereka. NETIZEN Biarpun kesal dengan sikap wanita berkenaan, namun Abbe Hae tetap tidak berputus asa dan mahu terus membantu bagi mengubah nasib wanita itu. "Tak apalah... nanti aku fikir-fikirkanlah. Abbe cuba mohon balik sambung bantuan bilik, bantuan bulanan. Kalau dapat balik, kau dapat macam sebelum ni. "Duit cash, Boost, bantuan bilik... semua kau dapat RM1,500. Kau dah tak perlu minta sedekah. Janji kau jangan lari," luahnya dalam nada kesal. Perkongsian Abbe Hae meraih lebih 5.5 juta jumlah tontonan selain dibanjiri komen netizen. Rata-ratanya memuji sikap aktivis berkenaan yang sanggup bersusah payah membantu nasib gelandangan demi memberikan mereka kehidupan sama seperti individu normal lain. Antara komen netizen terhadap perkongsian Abbe Hae. Namun sebahagiannya mengecam sikap ibu beranak dua itu yang tidak menghargai jasa serta pengorbanan pihak yang membantunya. "Kadang-kadang orang susah ni bukan tak ada orang nak tolong tapi mereka sendiri tak nak ubah nasib mereka. "Spesies macam ni, memang akan buat lagi kerja macam ni... susah nak kawal. "Orang dah tolong pun buat hal lagi... kesian anak-anak,"demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube