suria

Wanita perlekeh bekas suami, ‘terbang’ bebas cari duit sendiri lepas cerai... Dulu dapat nafkah RM400, kini bergaji lebih RM10,000

Rumah tangga memerlukan tolak ansur daripada kedua-dua belah pihak. -Gambar hiasan

KETIKA melayari bahtera perkahwinan, seorang suami tidak sewajarnya mengambil ringan soal nafkah untuk isteri dan anak-anak.

Tambahan pula pada masa kini sering kedengaran kepincangan rumah tangga yang berpunca daripada ketua keluarga culas menjalankan tanggungjawab.

Seperti satu luahan di laman X, seorang wanita mendakwa dia pernah diabaikan nafkah oleh pasangan, tetapi kini berjaya membalas dendam yang cukup manis ke atas bekas suami.

Alam perkahwinan pastinya sukar bagi mereka yang mempunyai ego tinggi. -Gambar hiasan

Kemarahan yang meluap-luap tersebut dikatakan berpunca daripada bekas suaminya yang jauh lebih berkemampuan tetapi berkira dalam menyalurkan nafkah.

Menurut wanita itu, dia berbangga kerana kini sudah berkerjaya dan berupaya meraih pendapatan sebulan berjumlah lebih RM10,000.

"Hanya kerana saya seorang suri rumah, bekas suami bagi nafkah RM400 sebulan, walhal duit dia masuk berpuluh ribu. Laki saya tu dulu seorang ahli perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang 6K dengan saudara, suami isteri ‘alim’ enggan bayar! Anggap tak wajib sebab pemiutang tak solat

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi... Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti

"Saya boleh katakan nafkah yang diberikan tu hanya 10 peratus daripada pendapatannya, tak berpatutan sungguh," kata wanita itu merungut.

Wanita itu kemudiannya membandingkan pencapaiannya pada masa sekarang dengan bekas suami bagi tujuan meninggi diri.

"Sekarang saya dah berkerja sendiri dan menerima gaji berjumlah lima angka, semuanya dengan titik peluh saya sendiri," kata wanita itu angkuh.

Dia bagi kau tempat tinggal, makan dua kali sehari dan pakaian cukup... apa lagi nafkah yang kau nak?

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya bagaimanapun sangsi dengan pengakuan wanita berkenaan.

Malah rata-ratanya tidak bersimpati dengan kisah wanita itu yang mendakwa nafkahnya tidak dipenuhi bekas suami.

"Kata suami gaji berpuluh ribu, kemudian cakap dapat nafkah hanya 10 peratus daripada tu... macam mana boleh jadi RM400 je? Teruk betul pengiraan awak ni.

"Patutlah suami tu tinggalkan awak, kalau asas matematik pun selemah ni, memang hidup senang kena tipu je. Awak rasa awak menang dalam kisah ni, tapi sebenarnya awak tengah kalah," kata segelintir pelayar.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang menyelar wanita terbabit kerana tidak tahu bersyukur sungguhnya diberikan nafkah berjumlah RM400 sebulan.

"Akak seorang suri rumah dan dapat RM400 sebulan, bersyukur la. Saya ni pun suri rumah, tak dapat apa langsung cuma sejadah. Suami bagi barang dapur dan keperluan penjagaan diri, itulah yang dikira nafkah.

"Dia bagi kau tempat tinggal, makan dua kali sehari, pakaian cukup. Apa lagi nafkah yang kau nak?," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain