suria

Bawa perangai pengotor! Rakyat Malaysia kerja di Singapura didakwa buang sampah merata, ramai risau tiada lagi tempat ‘healing’

Kelihatan sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya.

RAMAI rakyat Malaysia teruja untuk bekerja di Singapura kerana nilai gajinya berlipat kali ganda berikutan mata wang dolar negara itu lebih kukuh berbanding ringgit.

Tidak dinafikan banyak cabaran dilalui golongan 'RUN SG', iaitu mereka yang berulang-alik antara dua negara setiap hari untuk mencari rezeki.

Mereka bukan sahaja perlu bangun awal pagi kerana melalui pusat pemeriksaan di sempadan, malah terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas.

Mata wang dollar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit. Foto Bloomberg

Namun dalam keterujaan mereka bekerja di Singapura, apa yang kurang sedap didengar apabila segelintirnya tidak menjaga adab dan etika apabila berada di negara orang.

Seorang lelaki berkongsi beberapa gambar menunjukkan kawasan laluan RUN SG, dicemari dengan sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, rakyat Malaysia baru sedar penat kerja di Singapura! Bujang, simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa

Jelas kelihatan banyak sampah yang terdiri daripada bungkusan plastik makanan dan minuman dibuang merata-rata di tepi jalan.

“Buat semua brother dan sister Run SGD yang lalu kawasan ini... dari Wooodland CP (Pusat Pemeriksaan Wooodland ke arah waterfront (Jalan tepi laut), tolong jangan buang sampah di sini.

“Takut satu hari nanti, kawasan ini akan ditutup,” tulisnya menerusi satu hantaran di grup Facebook.

Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura.

Menurut lelaki itu, kawasan tersebut selama ini menjadi tempat santai dan rehat buat sebahagian rakyat Malaysia yang menaiki kenderaan untuk bekerja di Singapura.

“Nanti ditutup untuk kita sama-sama beristirehat dari penat menghadap kesesakan lalu lintas setiap pagi.

Datang rumah orang jagalah adab... apa salahnya letak (sampah) dalam bakul motosikal dulu.

NETIZEN

“Hanya sebagai teguran manja untuk kebaikan bersama. Nanti tak pasal-pasal, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” ujarnya lagi memberi nasihat.

Umum mengetahui Singapura amat menitikberatkan kebersihan, seperti gula-gula getah diharamkan di negara itu, malah membuang sampah kecil seperti puntung rokok atau pembungkus gula-gula juga boleh dikenakan denda.

Sampah sarap seperti bungkusan makanan dan minuman dibuang merata-rata. Foto Facebook

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut kesal dengan mentaliti segelintir mereka yang memasuki negara itu dari Malaysia terutama dalam kalangan penunggang motosikal kerana tidak menjaga kebersihan.

“Sudahlah mencari rezeki kat negara orang, adab tak jaga.

“Datang rumah orang, jagalah adab.

“Mentaliti... apa salahnya letak (sampah) dalam bakul motosikal dulu. Jumpa tong sampah, buanglah.

“Ini semua ‘monyet-monyet’ RUN SGD lah,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain