suria

“Cinta je tak cukup!” - Lelaki tegur geng suami, jangan malas masuk dapur tolong isteri... Prihatin pasangan pun penat

Rumah tangga bahagia memerlukan kesefahaman daripada kedua-dua belah pihak. -Gambar hiasan

PASANGAN suami isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga.

Namun sejak kebelakangan ini diperhatikan wujud individu yang mempersoalkan norma melibatkan institusi kekeluargaan.

Kecoh di laman X apabila segelintir kaum Adam dan Hawa mempertikaikan tugas memasak di dapur susulan ia enggan dipikul kedua-dua belah pihak.

Memasak pastinya meletihkan sekiranya dilakukan berseorangan. -Gambar hiasan

Bagaimanapun melalui satu hantaran lain, seorang lelaki mendedahkan dia gemar untuk membantu isterinya memasak di dapur kerana dikatakan dapat mengeratkan hubungan.

Menurut lelaki itu, isterinya tidak pandai memasak tetapi dia menerima seadanya kerana sedar setiap manusia juga tidak sempurna.

"Aku sebagai suami, aku suka tolong isteri aku memasak. Aku macam seronok sebab dapat rasa deruan adrenalin tu, terutamanya kalau masak waktu hujung minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam suami suruh kencing tepi surau! Jauh beza layanan pasangan naik Alphard, isteri dilayan penuh kasih sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami melenting setiap kali diminta tolong, dingin dengan anak-anak... Isteri akhirnya hilang sabar dapat tahu pasangan main Omi!

"Boleh bergurau sekali, alang-alang tu aku tolong basuhkan apa yang patut di dapur. Sebagai suami kita kena prihatin la, isteri penat, tak akan dia nak kena buatkan semua benda. Sambil tu kita boleh berbual tentang kehidupan masing-masing.

"Macam hari tu waktu di dapur, isteri tiba-tiba tanya, kenapa nak kahwin dengan dia walaupun tak pandai memasak. Aku jawab dengan tenang yang diri aku pun tak sempurna, kita saling melengkapi.

"Seperti teka-teki jigsaw, apa yang kosong kita sama-sama isikan. Walaupun ada kekurangannya, aku akan tetap mencintai. Terus menangis weh isteri aku dengar macam tu punya borak," ujar lelaki tersebut.

Benda kecil seperti tolong basuh botol susu anak, kemas rumah atau lipat baju pastinya sangat dihargai isteri.

WARGA MAYA

Menitipkan pesanan, lelaki itu berkata sekecil-kecil perkara boleh membawa makna yang besar.

"Aku bukan la berpengalaman sangat dalam hal rumah tangga, tapi ini tip mudah yang aku boleh berikan. Paling penting, jaga isteri sebaiknya, tolong dia buat kerja rumah seperti memasak dan lain-lain.

"Cinta semata-mata tak cukup, sekian nasihat daripada suami yang sayang dan pada masa sama takut isteri," kata lelaki itu berseloroh.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menghargai kewujudan suami misali seperti lelaki tersebut dalam dunia hari ini.

"Tak sangka masih ada geng sayang bini ni, semoga golongan seperti mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk menjaga keluarga masing-masing.

"Setuju dengan apa abang ni cakap, benda kecil seperti tolong basuh botol susu anak, mandikan anak, kemas rumah atau lipat baju pastinya sangat dihargai isteri. Baru bahagia rumah tangga," kata sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain