suria

Wanita tak ingin pasangan suka bercerita, rimas dengar luahan masalah - “Nampak lembik, kau tu lelaki kot”

Isi hati seorang lelaki juga berhak didengari. -Gambar hiasan

LELAKI dilahirkan dengan keupayaan mental yang lebih kental untuk berada di hadapan sebagai seorang ketua.

Namun lumrah manusia tanpa mengira jantina untuk mempunyai tempat bersandar dan berpaut ketika menempuh ranjau kehidupan.

Bagaimanapun tular satu hantaran di laman X apabila seorang wanita menyuarakan rasa kurang senang dengan lelaki yang gemar meluahkan isi hati kepada pasangan atau kenalan.

Kesefahaman antara pasangan penting untuk hubungan yang berkekalan. -Gambar hiasan

Menurutnya, individu sedemikian dianggap lemah kerana tidak mampu memikul bebanan sebagai seorang lelaki.

"Aku tak suka lelaki yang kerap mengadu tentang masalah kehidupan secara terbuka. Nampak lembik, kau tu lelaki kot. Hadap je la apa sekalipun ujiannya tu.

"Maaf macam skeptikal sikit, sebab aku ada seorang ayah yang kuat, dia tak pernah kongsi apa-apa isu dalam hidup dekat kami sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis anggap mak sendiri penyondol, agungkan famili bapa dan ibu tiri! Kini baru tahu ibu kandung rupanya bini pertama, bukan perampas

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tetap puji suami baharunya ‘baik’ walau suka ugut, maki anak tiri! Terfikir beri si kecil kepada ex-husband

"Tapi aku tahu hidup dia ada susahnya juga, sebab dia pun buat kerja lebih daripada satu dan selalu balik rumah pagi buta. Jadi aku harapkan pasangan aku mampu untuk buat benda yang sama.

"Kalau asyik lelah dengan sekecil-kecil perkara, mungkin kita tak patut bersama," ujarnya.

Berikutan daripada perkongsian itu, warga maya memberikan peringatan supaya tidak mudah berasa selesa dengan wanita.

Anda seorang je macam tu sis, kami yang lain masih mahukan pasangan bercerita dekat kami.

WARGA MAYA

"Sebab tu lelaki jangan meluah dekat perempuan, walaupun dia orang yang terdekat. Hanya meluah pada kawan lelaki yang kita rapat atau dengan Tuhan.

"Ini apa yang saya boleh katakan, sepertimana perempuan dilahirkan dengan kebolehan untuk mengandung, mereka dilahirkan juga untuk berasa menyampah dengan lelaki 'lemah'," jelasnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyelar perspektif yang dilontarkan wanita terbabit kerana dianggap keterlaluan.

Warga maya bertukar pandangan.

"Anda seorang je macam tu sis, kami yang lain masih mahukan pasangan bercerita dekat kami. Apabila berkahwin nanti, kita berkongsi kehidupan yang sama dan hanya ada antara satu sama lain.

"Kita perlu saling mempercayai dan memahami sebagai suami isteri, tak wajar ada mentaliti macam ni. Seolah mementingkan diri sendiri, baik hidup seorang kalau malas ambil tahu tentang pasangan.

"Entah-entah ayah awak dulu tak bercerita langsung masalah dia dekat keluarga sebab dah ada skandal, ada tempat meluah yang lebih menyejukkan hati daripada awak yang mulut celupar ni," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain