MEMILIKI perniagaan homestay atau inap desa secara luarannya nampak menyeronokkan dan menguntungkan. Namun sebenarnya banyak risiko yang perlu ditanggung oleh pemilik, lebih-lebih lagi sekiranya berdepan dengan tetamu yang tiada common sense. Ada kes-kes tertentu di mana tetamu tidak mahu bertanggungjawab di atas kerosakan perabot atau kehilangan barangan sehingga pemilik pula terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membaiki serta menggantikannya. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang pengusaha homestay turut berkongsi kisah mengenai gelagat tetamunya, sehingga pintu homestay miliknya pecah. "Kisahnya, kata anak dia terperangkap dalam bilik. Dia minta kunci bilik. Actually, kunci kita dah letak dalam kabinet dapur. Saya minta dia cari tapi tak jumpa. Individu berkenaan berkongsi kisah mengenai kerosakan pintu bilik di homestay miliknya di TikTok. "Saya kata tunggu sekejap, housekeeping nak datang. Masa tu housekeeping dah dekat bawah. Tak sampai 15 minit rasanya kejadian ni. "Tiba-tiba dapat mesej... dia kata adik dia pecahkan pintu. Saya tanya kenapa tak pecahkan tombol je? Dia kata pintu rapuh sangat, so terpecah. Mungkin panik sangat sampai terpecah," kongsinya. Sementara itu dalam satu kejadian lain, pintu tandas di homestay miliknya turut pernah menerima nasib yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Perabot patah, TV punah... Owner homestay tunjuk ‘kerja’ penyewa, terpaksa tanggung rugi gara-gara perangai macam monyet ARTIKEL BERKAITAN: Kotor, perabot ‘hilang’! Sewa 1 malam, tetamu lenjan homestay cukup-cukup... Owner tanya, jawapannya menyakitkan hati "Another guest tolak pintu tandas kuat sangat sampai pecah. Tiap-tiap bulan ada je yang check in macam ni," kongsinya sambil turut memuat naik gambar pintu bilik dan pintu tandas di homestay miliknya yang punah. Bagaimanapun ujarnya, dia bersyukur apabila tetamu-tetamunya tidak lepas tangan dan menanggung kerugian di atas kerosakan yang berlaku. Tetamu sis ni semua keturunan Marvel ke? Kuatnya! NETIZEN "Cuma itulah, sebagai pengusaha homestay, rasa bersalah dengan guest lain yang bakal masuk sebab mungkin tak selesa dengan pintu yang pecah ni. "Kita tempah baru pun ambil masa lama untuk siap dan pasang. Kalau ikutkan tak nak terima guest lain pun, cuma yang ini dah booking awal-awal lagi. "Sebelum guest masuk, saya akan explain panjang lebar pasal pintu, Alhamdulillah dapat guest yang memahami," ceritanya. Hantaran pemilik homestay itu mengundang perhatian netizen, dengan kebanyakannya meninggalkan komen lucu bercampur simpati terhadap kisah yang dikongsikan. Komen lucu netizen mengenai perkongsian pemilik homestay berkenaan. "Akak memang terima Hulk sebagai tetamu ke kak? "Tetamu sis ni semua keturunan Marvel ke? Kuatnya hihi. "Lain macam akak punya guest," demikian antara komen netizen. Dalam pada itu, mereka turut mencadangkan pemilik homestay berkenaan agar menukar pintu kepada material yang lebih solid. Sehingga kini, perkongsian individu itu meraih sehingga melebihi 13,000 jumlah tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube