suria

Rider tolak upah RM500, pulangkan dalam peti surat depan rumah - “Aku syak makcik ini tak sihat”

Seorang rider memulangkan semula tips RM500 yang diterima.

SIKAP jujur seorang pekerja p-hailing dengan mengembalikan wang upah tambahan dalam jumlah yang dianggap tidak munasabah mendapat pujian ramai.

Menerusi hantaran di grup Grabfood Rider Malaysia, rider itu berkata dia dia menerima kepingan wang kertas RM50 berjumlah RM500 daripada seorang pelanggan wanita.

Menurut lelaki berkenaan, pelanggan yang dipanggil aunty itu memberi wang tersebut bagi membayar makanan dipesan oleh anaknya bernama Angel.

"Anda dapat tips paling banyak berapa ringgit? Saya... RM500. Kisahnya saya buat penghantaran satu pesanan, yang pesan anak dia.

Lelaki ini menunjukkan bukti wang tersebut sudah dipulangkan.

"Lepas bagi makanan, aunty (makcik) tu hulur tips. Saya ingat RM2 ke RM3... sekali RM500 mat," ujar lelaki itu menceritakan pengalaman di Facebook.

Selepas menerima wang berkenaan, rider berkenaan menjelaskan bayaran bagi pesanan tersebut sudah dibuat oleh anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah jawab jujur, polis tetap suruh rider berhenti tepi... tak puas hati gara-gara ‘mi bodo’ - “Tiga kali saya ulang...”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rasa bersalah nak order makanan masa hujan, minta abang rider beri penjelasan jujur... pernah dengar ada yang merungut

“Saya tanya dia, duit ni untuk apa? Dia jawab untuk bayar makanan. Saya cakap makanan dah bayar, lepas tu dia buat tak layan dan terus masuk rumah.

“Jadi aku syak makcik ini dah tak sihat, ingat-ingat lupa. Sekian nukilan daripada saya,” kongsinya lagi.

Pada perkongsian sama lelaki berkenaan menunjukkan dia memulangkan kembali wang berkenaan dengan memasukkannya ke dalam peti surat di hadapan rumah pelanggan terbabit.

Rider itu kemudiannya memberitahu hal berkenaan kepada anak pelanggan itu menerusi mesej di aplikasi Grab.

Susah nak jumpa orang jujur ni... biasanya rider suka meminta-minta.

NETIZEN

"Hello kak, you punya mak bagi saya duit. Banyak. Saya sudah letak dalam peti surat. Nanti ambil," katanya kepada individu yang membuat pesanan itu.

Hantaran yang dikongsikan ini ternyata meraih perhatian netizen berikutan jumlah tips diberikan oleh makcik itu.

Rata-rata mereka berbangga dengan sikap jujur lelaki tersebut kerana tidak gelap mata apabila diberikan duit dalam jumlah yang banyak daripada seorang wanita lanjut usia.

Komen netizen di X.

"Susah nak jumpa orang jujur ni. Biasanya rider suka meminta-minta. Semoga murah rezeki brother tu.

"Ramai cakap rider tu bodoh. Anda tahu tak mencari rezeki halal itu wajib? Benda jadi darah daging. Tabik hormat dekat rider tak kelabu mata.

"Tak ada istilah rezeki kalau benda tak pasti. Saya bagi contoh, si polan ni terjumpa RM1,000 dalam bungkusan. Dia ambil atas nama rezeki. Tapi dia tak sedar sebenarnya tu ujian Allah dekat dia. Apa tindakan dia kalau terjumpa duit bukan milik dia," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain