BUKIT Broga merupakan salah satu lokasi yang popular dalam kalangan pendaki di negara ini. Di sebalik keindahan panoramanya, terselit kisah mistik yang dikaitkan dengan Bukit Broga, termasuklah dakwaan kewujudan perkampungan makhluk halus. Dakwa pemilik Facebook Pena Celoreng, terdapat tiga jenis makhluk halus yang mendiami lokasi riadah yang terletak di Semenyih, Selangor itu. Bukit Broga menjadi pilihan ramai sebagai lokasi riadah. -Gambar hiasan "Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan tiga buah kampung makhluk halus di banjaran Bukit Broga. Ada tiga jenis makhluk halus di kawasan itu. "Yang pertama bunian, kedua orang hitam bercawat rendah-rendah dan satu lagi kita sembang tepi," ujarnya yang turut berkongsi foto peta Bukit Broga. Individu itu turut membuat tiga tanda pangkah (X) di atas peta berkenaan yang didakwa sebagai lokasi perkampungan makhluk halus. Kalau anda terikut, jangan sesekali masuk gua... jangan sesekali setuju nak kahwin. PENA CELORENG "Kalau waktu lewat petang, mereka suka merayau dalam kawasan bulatan kuning atas peta dan 'anak-anak dara' tu suka lepak ambil angin atas batu di puncak Broga. "Nasihat saya, kalau selepas enam petang, jangan sesekali lintasi garisan merah yang saya buat atas peta. Cukuplah sampai atau lepak di Peak 2," pesannya lagi. Menurut pemilik akaun Facebook itu, dia juga pernah berdepan pengalaman hampir sesat ketika mendaki Bukit Broga bersama rakan-rakannya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda singgah kampung bunian di Taiping, buat ‘tour’ tunjuk makhluk pakai serba putih... Rupanya netizen boleh nampak! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini buat pengakuan bebas keluar masuk alam bunian, siap ada keluarga angkat! Ustaz pesan hati-hati guna ‘kelebihan’ "Terus-terang saya pernah pergi ketiga-tiga kampung ini dan beberapa kali cuba disesatkan dan dibawa pusing-pusing. Kali terakhir kena masa kami naik bukit puasa tahun lalu. "Masa kena pusing-pusing tu, saya senyum sendiri diam-diam dan cuba secepat mungkin keluar supaya tak pergi jauh," ceritanya lagi. Sebagai peringatan, dia menasihati pendaki agar berhati-hati dengan kawasan bonggol batu yang didakwa sebagai pintu masuk ke perkampungan makhluk halus. "Yang selalu bawa kita ke kampung mereka ialah bunian. Dulu ada empat anak dara bunian cari calon suami. Last saya naik, tinggal dua saja. Geng ni jenis jin Islam. Bukit Broga berketinggian 40 meter dari paras laut. -Gambar hiasan "Kalau perempuan, mereka tutup aurat dengan jubah dan jilbab putih. Sering bunyi orang azan di kawasan ini. Tanda kawasan muka kampung mereka ialah bonggol batu, pintu masuk sebuah gua. Dalam gua tu ada kampung, banyak rumah. "Kalau anda terikut, jangan sesekali masuk gua. Jangan sesekali setuju nak kahwin. Biasanya kalau kita ikut, kita sudah kena 'mandram' macam kena pukau," jelasnya lagi. Untuk rekod, Bukit Broga yang terletak di pinggiran Banjaran Titiwangsa memiliki ketinggian 400 meter dari paras laut. Ia turut menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Perkongsian ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sebaliknya boleh dijadikan panduan dan peringatan tentang kewujudan makhluk halus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube