REZEKI tak pernah salah alamat. Sebuah gerai durian di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Kajang diserbu ramai pelanggan sehingga peniaganya mampu menjual 1.5 tan raja buah setiap hari. Gerai Durian Papa Muda itu menjadi bualan ramai selepas video memaparkan tiga peniaga lelaki sado yang tidak berbaju meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TiKTok. Hafiz mengusahakan gerai durian bersama isterinya, Tengku Zarith Jasmine. Menurut pengusaha gerai itu, Muhamad Hairul Hafiz, 27, apa yang dipaparkan dalam video tular itu tidak dirancang sama sekali dan dia tidak menyangka ia bakal meraih perhatian ramai netizen. "Benda ni spontan. Sebenarnya waktu itu tak pakai baju sebab buah durian baru sampai. Cuaca panas, sebab itu buka baju. Paling murah, pelanggan boleh dapatkan durian udang merah pada harga RM9 sebiji. MUHAMAD HAIRUL HAFIZ "Waktu berniaga kami semua berpakaian normal, kami pakai baju, bukannya sepanjang masa tak berbaju. Cuma video itu viral di TikTok. "Ada yang datang tanya, mana abang buka baju. Kami cakap tiada, sebab kami berniaga pakai baju. Yang viral itu video berlaku spontan," ujarnya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bersih, cukur semua” - Beli durian, belanja badan! Abang sado memang nak undang reaksi orang ramai ARTIKEL BERKAITAN: Abang sado berkopiah rancak jual durian, tak selesa ‘marketing’ tayang badan... Pakai baju ketat pun dah rasa malu Dalam video tular sebelum ini, Hafiz dilihat tidak berbaju bersama dua lagi peniaga iaitu Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, dan Amirul Zaihan Osman, 31. Menurut Hafiz yang mengusahakan gerai itu bersama isterinya Tengku Zarith Jazmine Tengku Zannor Kifly, 27, dia bersyukur apabila perniagaan tersebut semakin mendapat sambutan ramai. Jelas Hafiz, dia bukan sahaja menerima kedatangan pelanggan setempat, malah gerainya turut dikunjungi pelanggan dari luar Selangor, termasuklah dari negara China. Tiga peniaga ini menjadi bualan netizen di media sosial. "Saya anggap ini sebagai rezeki. Sehari boleh pergi sampai 1.5 tan. Jualan mencecah RM10,000 hingga RM15,000. Kebun durian kami terletak di Pagoh, Johor, ada dalam 40 ekar. "Kami berniaga dari 10 pagi sampailah habis durian. Di sini ada 12 pekerja. Pelanggan yang datang boleh juga duduk makan di sini, kami ada sediakan meja dan kerusi. "Antara durian yang kami jual adalah Duri Hitam, Musang King, IOI, Udang Merah serta buah-buah kampung yang lain," ujar Hafiz yang telah berkecimpung tujuh tahun dalam dunia perniagaan. Pelbagai jenis buah durian berkualiti dijual di gerai ini. Antara yang menarik kata Hafiz, pelanggan yang datang ke gerai mereka boleh menikmati durian berkualiti pada harga murah serendah RM9. "Paling murah, pelanggan boleh dapatkan durian Udang Merah pada harga RM9 sebiji. Saiznya tak berapa besar, tak berapa kecil... Sedang-sedang saja. "Tapi yang penting kami sangat menjaga kualiti. Buah yang tak elok kami tak jual. Kami bagi waranti. Kalau ada yang tak elok, boleh datang tukar, kami tak nak pelanggan sedih," ujar Hafiz lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube