suria

Kahwin dah lebih setahun tapi belum hamil, wanita terkedu disindir doktor hospital swasta - “Tak pernah jumpa perangai macam ni”

Setiap pasangan dikurniakan rezeki yang berbeza-beza, termasuk soal zuriat. -Gambar hiasan Freepik (kiri)

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri keluarga.

Namun begitu, rezeki setiap pasangan berbeza-beza.

Ada yang tidak perlu menunggu lama, ada pula yang dikurniakan zuriat selepas bertahun-tahun lamanya menanti penuh sabar.

Bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak atau 'trying to conceive' (TTC), isu ini agak sensitif lebih-lebih lagi apabila wujud segelintir individu yang tidak mempunyai common sense, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Lebih tidak disangka, kata-kata sindiran itu terkeluar dari mulut seorang doktor.

j

Pengalaman hamil adalah anugerah yang tidak terhingga buat seseorang wanita. -Gambar hiasan

Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan berkata kejadian tersebut berlaku ketika dia mengunjungi hospital swasta di sebuah negeri di pantai timur bagi mendapatkan rawatan untuk masalah kesihatan dalaman wanita.

"Oh setahun kahwin tak beranak lagi, orang lain beranak pinak dah setahun lebih," tulisnya, mengimbas kembali kata-kata yang dilontarkan seorang doktor wanita kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina mandul rakan sendiri! Pengasuh reda, tumpang kasih anak asuhan... Netizen doa Allah hadirkan nyawa dalam rahim sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mandul tergamak fitnah isteri, tuduh tak subur depan keluarga... Senyap-senyap koyak keputusan ujian air mani!

Mengakui kecil hati dan tersentap dengan kata-kata tersebut, wanita itu berkata dia hanya mampu tersenyum bagi menutup rasa sedih.

"Hina ke geng TTC? Saya baru setahun kahwin dah kena hina. Ingatkan government je perangai macam ni tapi swasta pun ada.

"Sepanjang saya pergi hospital atau klinik swasta tak pernah jumpa doktor perangai macam ni.

"First time pergi hospital berbayar tapi mulut doktor macam tak ada insurans," tulisnya lagi.

Selalu kena... kadang nak check demam biasa je tapi doktor tanya dah ada anak ke belum?

NETIZEN

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya sehingga meraih melebihi 131,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan malah ramai yang turut berkongsi pengalaman yang hampir sama.

KOMEN TTC

Selain memberikan kata-kata semangat, netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Biasa swasta ni mulut manis. Private kan. Mahal pun mahal. Tapi kalau mulut tak ada insurans, baik pegi KK (klinik kesihatan).

"Selalu kena... kadang nak check demam biasa je tapi doktor tanya dah ada anak ke belum? Kenapa belum ada? Hati nak menangis je.

"Saya pernah ke klinik swasta di Kelantan. Tahulah kita ni dah berumur untuk pregnant tapi janganlah suggest suami kahwin lain sebab nak anak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain