suria

Tak tahan staf pijak kepala, penyelia mengalah nak berhenti kerja... Rasa diri gagal jalankan tugas

Tugas sebagai seorang ketua di sesebuah organisasi tidak mudah. -Gambar hiasan

TUGAS sebagai seorang ketua di mana-mana syarikat, jabatan atau organisasi sememangnya bukan mudah.

Selain bertanggungjawab melaksanakan tugasan mengikut skop pekerjaan, ketua atau pemimpin juga bertanggungjawab memantau staf bawahan atau 'anak buah' mereka.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang lelaki berjawatan sebagai penyelia berkongsi luahan mengenai situasi yang dihadapinya di tempat kerja, sehingga membuatkan dirinya 'down'.

"Saya rasa, saya seorang penyelia yang gagal. Ada seorang staf, ada masalah disiplin, selalu datang lambat.

"Punca datang lambat sebab bangun tidur lambat... sebab tidur malam lambat. Diakui sendiri...main game, kadang melepak dengan kawan.

penyelia 2

Selain bertanggungjawab terhadap skop kerja, seseorang ketua juga berperanan memantau staf bawahan. -Gambar hiasan

"Sampai ada staf lain yang cakap belakang, saya tak pandai jalankan tugas sebagai penyelia sampai ada staf yang boleh sewenangnya datang lambat," kongsinya.

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia sudah berulang kali menasihati pekerja berkenaan namun langsung tidak diendahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 46 tahun masih dibuli, kena lanyak dengan majikan! Mujur doktor kenal bos, saran segera berhenti kalau sayang nyawa

ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu

"Saya telah banyak kali beritahu (setiap kali lambat), kena datang tepat waktu.

"Jika tanya kenapa lambat pun, dia akan cakap tidur lambat semalam. Itu sajalah skrip soalan dan jawapan dari saya dan beliau," luahnya lagi.

Kalau kau berhenti pun, kerja tempat lain sebagai supervisor kena hadap juga masalah staf... sama saja.

NETIZEN

Justeru disebabkan tertekan dengan cakap-cakap belakang dan enggan situasi menjadi semakin buruk, lelaki berkenaan sedang mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan.

"Okay saja kan jika saya berhenti kerja dan cari kerja lain di syarikat lain kan?" tulisnya meminta pandangan daripada warga maya.

Perkongsian lelaki berkenaan di laman Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) mengundang perhatian dengan rata-rata netizen tampil memberikan nasihat dan pandangan kepadanya.

komen penyelia

Sebahagian komen serta nasihat warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Masalah pekerja, kau boleh tanya jabatan sumber manusia (HR). Jangan diam. Kalau kau berhenti pun, kerja tempat lain sebagai supervisor kena hadap juga masalah staf... sama saja.

"Sebab awak terlalu baik, anak buah awak pijak kepala. Awak kena 'kurang ajar' sikit dengan orang yang jadi nila setitik ni.

"Sebagai tindakan ada step dia, pertama verbal warning, kedua written warning, ketiga tindakan terakhir warning letter atau hantar ke pihak HR... biar mereka yang uruskan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain