UMPAMA melepas anjing tersepit, sudah dilepas datang menggigit. Begitulah yang dialami wanita ini apabila seorang kenalan yang dibantu bukan sahaja mengambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan, malah menikamnya dari belakang. Berkongsi cerita di laman Facebook, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, dua bulan lalu dia didatangi seorang individu yang meluahkan kesukaran untuk mendapatkan tapak berniaga. Disebabkan rasa simpati, dia membantu individu tersebut dengan menawarkan separuh ruangan kedai yang disewa bagi membolehkan dia berniaga. Penyewa premis perlu mematuhi syarat yang ditetapkan. -Gambar hiasan "Saya ada membuat kesalahan telah memberi kongsi sewa pada hamba Allah ni, kiranya dia sewa dengan saya sebab kedai saya luas. "Niat saya hanya nak tolong dia sebab dia cakap nak berniaga tapi tiada tempat... saya kenal pun selepas dia datang tanya saya di kedai dan tanpa fikir panjang, saya terus bagi," luahnya memulakan cerita. Menurut wanita ini, tindakannya itu dibuat tanpa pengetahuan pemilik premis dan sewa kedai dibayar terus kepadanya kerana kos bulanan telah dibahagi sama rata. Bagaimanapun, selepas kira-kira dua bulan, pemilik premis datang ke kedai dan memarahinya kerana berkongsi sewaan kedai dengan individu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kedai vendor pilih kasih, ibu tunggal sedih nasi banyak tak habis sebab disorok! Makanan orang lain semua letak atas meja ARTIKEL BERKAITAN: “Kami utamakan yang berkeluarga saja” - Tuan rumah tak izin menyewa, ibu tunggal 3 anak kecewa status jadi ukuran Bukan itu sahaja, dia juga diminta untuk mengosongkan kedai berkenaan dalam tempoh satu bulan daripada notis dikeluarkan. Mengakui sedih dengan situasi tersebut, dia terkejut apabila mengetahui tindakan pemilik premis adalah disebabkan hasutan daripada individu yang pernah dibantunya. "Sekarang dia dah maklumkan pada tuan kedai yang dia sewa dengan saya. Dia hasut macam-macam pada tuan kedai. "Tuan kedai mengamuk pada saya, 'pakej' maki hamun dan notis sebulan keluar dari kedai," ujarnya sayu. Tak dapat buat apa, cik langgar perjanjian... mahu atau tidak memang kena pindah juga, kalau nak lawan pun mungkin duit deposit. WARGA MAYA Meskipun terkilan dengan tindakan pemilik premis serta individu tersebut, namun dia akur dan mengakui kesilapan yang telah dibuat. Bagaimanapun dia berasa hairan dengan keputusan yang dibuat pemilik premis apabila hanya dia sahaja yang 'dihalau' manakala individu berkenaan dibenarkan untuk terus menyewa. "Dia (tuan kedai) suruh saya kosongkan kedai tapi untuk orang yang sewa dengan saya, dia cakap tak payah kosongkan... kira boleh sewa macam biasa. "Adakah adil untuk saya? Seolah-olah dia sudah berpakat dengan orang yang menyewa tersebut. Warga maya memberikan maklum balas berhubung pertanyaannya. "Memang saya silap, sebab tolong orang, saya yang merana," luahnya sayu. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya. Ramai yang bersimpati dengan nasib dialami wanita ini namun merasakan tindakan yang dilakukannya itu adalah salah kerana memberi sewaan tanpa pengetahuan pemilik. "Tak dapat buat apa, cik langgar perjanjian... mahu atau tidak memang kena pindah juga, kalau nak lawan pun mungkin duit deposit. "Dulu pun pernah jadi pada pakcik saya, nak tolong orang Acheh buka kedai baiki motosikal, modal kongsi-kongsi... akhirnya semua barang lesap. "Kesian cik, niat ingin membantu tapi dikhianti pula," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube