SETIAP orang diberikan rezeki dan nikmat berbeza sama ada dari segi kemewahan wang dan harta benda, kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan juga zuriat. Bagaimanapun, tular di media sosial mengenai seorang wanita meluahkan rasa kurang senang melihat perkongsian individu bernama Eyna Abdullah yang menunjukkan dia sedang menikmati durian. Wanita berkenaan meninggalkan komen pada video TikTok Eyna yang makan pulut dan durian jenis Musang King. Komen wanita tersebut pada hantaran asal Eyna sebelum dipadam. "Makan sedap up (muat naik) dekat sini. Kasihan kami yang tak mampu nak beli durian ini. "Hanya mampu tengok dan telan air liur je," tulisnya di ruangan komen. Susulan komen yang ditinggalkan, beberapa pengguna media sosial lain memuat naik semula tangkap layar komennya itu tersebut termasuklah seorang pelayar di X. ARTIKEL BERKAITAN: “Hari ni aku buang, esok ada lagi” - Peniaga durian pelik selalu jumpa syiling atas tanah dekat gerai, keliru nak kutip atau abaikan ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tak balik kampung jenguk rumah pusaka, seram tengok video terbaharu dikirim ibu saudara... jiran cepat ‘buat kerja’ pergi siasat dulu "Semaknya orang macam ini. Nak makan apa pun kena fikir perasaan dia pula," tulisnya. Pandangannya itu dipersetujui ramai dengan rata-rata berasa kurang senang dengan sikap wanita itu yang meninggalkan komen berbaur iri hati atau mungkin juga meraih simpati. "Masalah orang lain ke masalah iri hati dia. Pening la dia ni. Sudah tahu orang ramai suka menunjuk dekat media sosial, tak payah la buka kalau tahu hati tak kuat nak tengok. NETIZEN "Mahal sangat ke durian sampai (komen) macam ni. Sekarang kan musim durian. Cari je la dekat ruangan carian tu tempat makan durian. Susahnya hidup. "Spesis macam ni dekat mana-mana ada. Sudah tahu orang ramai suka menunjuk dekat media sosial, tak payah la buka kalau tahu hati tak kuat nak tengok," komen netizen. Berdasarkan semakan mStar, komen asal yang dibuat individu tersebut sudah dipadamkan dipercayai selepas menerima kecaman warga maya. Bagaimanapun, Eyna sempat membalas komen wanita berkenaan selepas meneliti beberapa posting yang memperlihatkan tentang dirinya dan keluarga. Komen netizen pada video. Kata Eyna yang merupakan seorang pejuang dua garis atau TTC (trying to conceived), selepas melihat postingnya bersama anak, dia langsung tidak berasa 'cemburu' melihat wanita itu memiliki zuriat. "Salam sis, saya ada tengok TikTok awak ada anak, comelnya. Sis tahu tak saya 12 tahun kahwin belum ada rezeki anak. "Rezeki kita tak sama. Cuma bersyukur dengan apa kita ada. Saya doakan murah rezeki sis sekeluarga," ujar Eyna membalas komen wanita tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube