KEBANYAKAN pelajar yang menjadi mangsa buli berdepan trauma berpanjangan meskipun mereka telah meninggalkan alam persekolahan. Di platform X, seorang wanita meraih perhatian apabila dia membuka cerita tentang tunangnya yang pernah menjadi pembuli. Menurut wanita itu, rahsia tentang sepupunya yang pernah dibuli oleh tunangnya baru sahaja terbongkar, menyebabkan dia ragu-ragu untuk meneruskan pernikahan. Mangsa buli biasanya akan mengalami trauma berpanjangan sehingga dewasa. -Gambar hiasan “Saya tahu benda lama dah tersimpan jadi sejarah. Tapi valid ke kalau saya minta putus tunang sebab masa lampau seseorang? “Saya dapat tahu dia (tunang) buli sepupu saya. Buli yang sampai sepupu saya sekarang kena dapatkan rawatan psikiatri," ujarnya membuka cerita. Menurut wanita itu, dia hanya mengetahui tentang perkara ini selepas selamat melangsungkan pertunangan dengan lelaki berkenaan. Betul benda tu dah pun jadi sejarah lampau tapi saya betul-betul tak boleh terima. PENGADU “Saya tak rapat sangat dengan sepupu saya. Keluarga dia tak pernah balik kampung. Masa saya bertunang pun mereka tak ada. “Tapi suatu hari, sepupu saya itu mesej saya tentang tunang, beri bukti dia pernah dibuli oleh tunang saya. Terus saya rasa tak ada perasaan terhadap tunang. “Mereka berdua menuntut di sekolah sama. Saya tahu buli merupakan budaya biasa di sesetengah asrama lelaki. Tapi pada mata saya, ia tetap buli,” ujar wanita itu. ARTIKEL BERKAITAN: 4 kaki buli di IPT gigih cari semula mangsa! 2 pelaku ada masalah anak, seorang maut digilis tak sempat minta maaf ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun berlalu, mangsa buli tuntut ‘hutang’ kemaafan daripada senior sekolah! Darah mendidih setiap kali terserempak Menurut pengadu lagi, dia sukar menerima perbuatan tunangnya yang bukan sahaja membuli, malah turut melakukan penderaan seksual ke atas mangsa. “Dalam kes sepupu saya, ia bukan sekadar buli. Sepupu saya kena batang penyapu dalam kemaluannya. “Saya nak batalkan pertunangan. Tunang saya cuba nak pujuk dengan mengatakan itu adalah sejarah lampaunya. “Saya tak boleh terima. Betul benda tu dah pun jadi sejarah lampau tapi saya betul-betul tak boleh terima. Kalau saya batal tunang, adakah saya boleh kena saman?” tulis wanita itu. Kebanyakan mangsa takut untuk melaporkan kes buli. -Gambar hiasan Rata-rata pelayar X menyokong keputusan wanita itu dan menganggap tunangnya tidak layak untuk dijadikan suami. “Kita tak tahu berapa ramai dia buli. Takut hidup dia tak aman atas doa-doa orang yang teraniaya. “Lelaki macam tu tak boleh dibuat suami. Melainkan dia dah jumpa, minta maaf pada mangsanya. “Ini bukan setakat buli, tapi serangan seksual. Valid je perasaan awak nak batal tunang,” tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube