suria

Pendaki beranikan diri bercakap dengan ular ‘tegak berdiri’ halang laluan turun Bukit Broga! Lega ikhtiar berhasil

Bukit Broga kembali menjadi sebutan apabila tularnya kisah-kisah aneh yang dikongsi oleh pendaki. -Gambar hiasan

SEJAK dua menjak ini, nama Bukit Broga kembali menjadi bualan rakyat Malaysia yang memperkatakan tentang kisah-kisah menarik di sana.

Terdapat individu yang mendakwa wujudnya perkampungan bunian dan makhluk halus di sepanjang jajaran bukit itu.

Seorang pelayar X dikenali sebagai @qym_possible turut berkongsi kisahnya yang berdepan kejadian aneh ketika dia berkunjung ke Bukit Broga bersama rakannya.

BROGA HILL

Panorama memukau di puncak Bukit Broga. -Gambar hiasan

"Aku pun pernah kena something pelik masa turun dari sini. Masa tengah jalan turun dari Broga, aku jalan berdua dengan kawan aku sambil tengok steps sebab takut terjatuh.

"Sampailah tiba-tiba ada kat satu laluan ni aku rasa sunyi, suara kawan atau pendaki lain pun tak ada.

"Padahal kalau waktu mendaki dan turun Broga ni mesti akan berselisih je dengan orang," ujarnya memulakan cerita.

Aku senyap je tak cerita dekat kawan aku. Kalau aku cerita, pasti mereka tak percaya.

PENDAKI BUKIT BROGA

Imbas wanita itu, langkahnya terhenti apabila dia tiba-tiba melihat seekor ular yang berwarna biru dan hitam berkilat berada di hadapannya.

"Depan aku ada ular tengah tegak berdiri lebih satu meter. Jarak ular dengan aku hanya selangkah je. Aku tengok depan dan belakang tiada orang. Aku cuak gila, aku ambil satu langkah ke belakang.

"Aku masih tak nampak manusia. Aku selamba cakap dekat ular... Kalau kau ular kau pergi, kalau kau bukan ular pun kau pergi. Aku tak nak jumpa kau.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa tahu 3 lokasi kampung bunian di Bukit Broga... Jangan lintas ‘Peak 2’ lepas 6 petang, waspada kalau jumpa bonggol batu!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda singgah kampung bunian di Taiping, buat ‘tour’ tunjuk makhluk pakai serba putih... Rupanya netizen boleh nampak!

"Lepas aku cakap macam tu, ular turun dan terus pergi. Aku tengok ular tu dalam tujuh ke lapan minit. Panjang gila ular ni. Ular tu warna biru dan hitam berkilat," ujarnya.

Menurut wanita itu, pandangannya kembali pulih selepas terserempak dengan ular, malah dia juga mula melihat manusia di sekitarnya.

"Lepas tu aku check lagi depan dan belakang buat kali kedua, baru nampak manusia ya. Lepas tu kan, masa sampai bawah, kawan aku dah lama tunggu aku kat bawah.

Broga (8)

Timbul dakwaan tentang kewujudan perkampungan bunian di Bukit Broga. -Gambar hiasan

"Aku senyap je tak cerita dekat kawan aku. Kalau aku cerita, pasti mereka tak percaya. Jadi aku simpan je cerita. Pelik, tapi siapa yang alami je tahu apa yang jadi.

"Kalau ular tu tak pergi, tak tahulah nak buat apa. Mungkin aku hanya berdiri sambil menangis. Takut auto termasuk ke alam lain yang kita tak pasti," tulis wanita itu lagi.

Untuk rekod, Bukit Broga yang terletak di pinggiran Banjaran Titiwangsa memiliki ketinggian 400 meter dari paras laut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain