TULAR di media sosial video menunjukkan sebuah pesawat pejuang terbang di ruang udara Kampung Jawa, Klang, Selangor pada Khamis. Kehadiran pesawat itu menimbulkan tanda tanya apabila ia diiringi oleh dua lagi pesawat kecil. "Dia baru lalu Kampung Jawa di Klang tadi. Tak tahu la nak pergi mana. Kalau escort macam tu, biasanya bawa apa?” tulisnya dalam satu hantaran di X. Pesawat Aeronautica Militare (Italian Air Force) singgah di Subang untuk mengisi minyak. Susulan itu, pelbagai spekulasi mula timbul sehingga menimbulkan kebimbangan awam. Selepas hantaran itu mendapat perhatian ramai, Kapten Muhammad Haziq Hafizan tampil menjawab segala pertanyaan dan spekulasi. Katanya, pesawat yang berlegar di ruang udara Klang itu adalah milik Tentera Udara Itali atau dikenali sebagai Aeronautica Militare (Italian Air Force). ARTIKEL BERKAITAN: Berlepas 8 malam, pukul 6 pagi baru sedar sesuatu tak kena... Rupanya pesawat Cessna terhempas di kawasan berkabus ARTIKEL BERKAITAN: Maut disedut enjin pesawat, mayat mekanik ditemukan dalam keadaan ngeri "Pesawat terdiri dari Boieng KC-767 dan pesawat pejuang F-35A. Ia singgah di Subang untuk isi minyak sebelum menuju ke Darwin, Australia. "Tujuannya adalah untuk menghadiri Latihan Ketenteraan Antarabangsa Exercise Pitch Black 2024. Latihan ini turut disertai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," ujarnya. Haziq juga menasihati penduduk di Subang dan Klang supaya kekal bertenang sekiranya terdengar bunyi enjin pesawat yang berlegar-legar di kawasan sekitar mereka. Latihan ini turut disertai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. MUHAMMAD HAZIQ HAFIZAN KAPTEN Sebagaimana kapal terbang lain, pesawat tentera itu juga perlu membuat persinggahan di darat untuk mengisi minyak bagi menempuh perjalanan jarak jauh. "Rakyat Malaysia terutama yang berada di sekitar kawasan Subang dan Klang tidak perlu panik apabila terlihat atau mendengar bunyi enjin pesawat atau melihat aktiviti pesawat-pesawat tentera yang meningkat sejak kebelakangan ini. "Ini kerana ia normal bagi mana-mana pesawat tentera asing untuk singgah mendarat di Subang bagi mengisi minyak serta ulang bekal sebelum pergi ke destinasi yang jauh seperti Australia. Dan semestinya kebenaran telah diberikan untuk mereka terbang dan mendarat masuk di Malaysia," jelasnya. Komen netizen pada hantaran di X. Untuk makluman, seramai 66 anggota, 37 pegawai serta tiga pesawat tempur milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang bagi menyertai Eks Pitch Black 2024, di Australia. Eksesais ini bermula pada 12 Julai hingga 2 Ogos yang dioperasikan secara berpusat di Pangkalan Udara Royal Australia Air Force Darwin, Tindal dan Amberley. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube