APLIKASI TikTok sudah menjadi platform pelbagai guna yang boleh dimanfaatkan oleh setiap peringkat umur. Malah program-program ilmiah berbentuk keagamaan seperti ceramah atau kelas mengaji al-Quran turut giat dijalankan menerusi aplikasi ini. Namun seorang individu yang digelar ustaz menerima kecaman ramai selepas dia menegur seorang wanita dalam sesi memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah di TikTok. Video daripada rakaman langsung itu kemudiannya dikongsikan semula oleh beberapa akaun pelayar platform media sosial lain yang mempersoalkan cara ustaz muda ini memberi tunjuk ajar. Tangkap layar live dikongsikan semula di beberapa platform media sosial. "Nak ajar mengaji tapi kena tunjuk muka baru boleh mengajar. Tak tahu memang betul ustaz ke apa dia ni," kata seorang pengguna laman X. Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran ustaz tersebut cuba memaksa seorang wanita supaya menghidupkan kamera sebelum dia dibenarkan untuk turut serta. "Awak faham tak saya cakap ni? (Apabila) awak dalam room jodoh boleh (pula) buka kamera ye? Dalam room (baca) ayat al-Quran awak tak buka? "Apa hal awak ni? Awak faham tak? Silakan buka kamera cepat. Sifu saya suruh awak buka kamera," ujar ustaz berkenaan dalam nada memaksa. Bagaimanapun wanita berkenaan tetap enggan mengikut permintaan supaya dia menunjukkan wajahnya dalam sesi berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu kemaruk buat live TikTok ketika mengajar dalam kelas, netizen tegur mata asyik tengok skrin! KPM larang, janji akan siasat ARTIKEL BERKAITAN: Dihina semasa live solekan di TikTok, gadis mangsa buli siber dapat semangat selepas baca tweet Yuna - “Mereka kata saya koyak” "Saya nak suruh betulkan bacaan al-Fatihah je. Boleh? Tolong la ustaz. Sekali je. "Bismillahirahmanirahim... boleh tak ustaz? Ustaz... tak adil la. Yang tadi (individu sebelum) boleh je tak buka kamera," jawab gadis itu yang masih berharap diberikan peluang untuk diperbetulkan bacaannya. Ustaz itu kemudiannya menjemput moderator (pengendali) yang menjadi pengantara untuk sesi berkenaan menjelaskan tujuan kamera perlu dibuka sebelum sesi bacaan al-Fatihah. Selama ini rancangan di televisyen tu elok je ustaz betulkan bacaan melalui panggilan telefon. NETIZEN "Assalamualaikum, ustaz minta buka kamera sebab nak tengok mulut, gerakan bibir. Baru ustaz boleh tegur. Nak tengok gerakan bibir kita apabila baca huruf (jawi) seperti ain atau ra," ujar moderator tersebut. "Kalau tak (buka kamera) jadi macam tadi, semua separuh jalan je belajar. Faham tak?," tambah ustaz berkenaan menyampuk penjelasan itu. Hantaran yang dikongsikan semula itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya sangsi dengan cara ustaz tersebut mengajar agama. Ramai yang mempersoalkan tujuan sebenar dia mengenakan syarat agar peserta menghidupkan kamera sebelum meneruskan bacaan. Komen netizen di X. "Apa benda? Selama ini rancangan di televisyen tu elok je ustaz betulkan bacaan melalui panggilan telefon. "Rendah sangat ke taraf agama Islam ni dekat mata mereka. Kadang-kadang saya harapkan TikTok sekat orang seperti ini yang memperlekehkan agama sendiri. "Nak mengaji belajar Iqra cari sama-sama jantina je. Bukan apa, (sesetengah) ustaz dan ustazah zaman sekarang perangai macam pelik. Apa benda nak tengok bibir. "Kalau power (hebat) tajwid, dengar pun sudah tahu la mana salah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube