suria

Hajat nak makan durian kampung kahwin terbantut, kecewa dapat buah lama, isi mengkal - “Tawar, tak rasa manis sikit pun”

Musim durian di Malaysia dijangka berterusan sehingga Oktober depan. -Gambar hiasan

INDAH khabar daripada rupa!

Keterujaan seorang lelaki untuk menikmati empat biji durian yang dibeli daripada sebuah gerai di tepi jalan terbantut apabila mendapati sebahagian isi raja buah itu mengkal.

Kekecewaan itu dikongsikan individu dikenali sebagai Zulme menerusi satu hantaran di grup Facebook Kami Penduduk Semenyih.

"Tulis (di papan tanda) Durian Kampung Kahwin Gred A. RM12 untuk 1kg (kilogram).

Ulas durian yang ditunjukkan Zulme.

"Saya beli RM50 dapat empat biji. Tiga biji boleh makan tapi macam buah lama.

"Tawar, tak ada rasa manis sikit pun. Satu biji keras," ujarnya dalam hantaran berkenaan.

Zulme dalam hantaran yang sama turut menunjukkan keadaan beberapa ulas durian yang sudah dikopek.

Dalam video tanpa suara itu, dia memicit-micit beberapa ulas durian menunjukkan betapa keras isi buah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan tanah terbiar ugut tauke kebun durian... Tuduh ceroboh, memandai tebang pokok tua! - “Dia tanya kayu jual ke mana, berapa harga”

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 5 pagi masuk kebun durian, kerja sampai tengah malam... Anak tauke raja buah ini tak lupa jasa bapa, kenang kisah ‘cup cake’ 6 biji

Walaupun kecewa, Zulme enggan mendedahkan lokasi gerai buah yang dikunjunginya itu.

Bagaimanapun, lelaki ini memberikan cadangan serta tip kepada orang ramai agar tidak menjadi 'mangsa' sepertinya.

"Kalau siapa nak beli durian, suruh buka dekat situ walaupun gred A. Lepas tu tekan dekat isi.

"Kalau tuan (peniaga) tak bagi tekan, tak payah beli. Kalau boleh tekan dekat isi lembut, baru beli. Keras macam ni tak payah beli," ujarnya.

Kalau siapa nak beli durian, suruh buka dekat situ walaupun gred A.

ZULME

Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan pengalaman kurang baik itu.

Malah ada juga netizen yang memberikan cadangan kepada Zulme dan orang ramai sekiranya mahu membeli durian kelak.

"Peniaga mungkin tak tahu keadaan isi di dalamnya. Tapi boleh pulangkan semula. Bawa durian tu semula.

"Lain kali kalau nak beli kena bawa bekas untuk buka durian siap-siap dan rasa. Semalam pun saya ada beli, suruh orang jual tu kopek tapi tu la saya tak rasa.

Komen netizen di Facebook.

"Jadi ada sebiji tu yang tak okey. 1kg RM12 dekat Batu Kurau. Peniaga cakap boleh tukar tapi dah sampai rumah, malas dah nak pergi tukar," ujar beberapa netizen.

Untuk makluman, satu satu faktor yang akan menurunkan nilai buah durian ialah apabila isinya berada dalam keadaan mengkal.

Mengkal ialah keadaan di mana isi di dalam sebiji buah masak secara tidak seragam hingga ada yang keras serta tidak berbau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain