KES penipuan oleh mekanik atau pemilik bengkel bukanlah satu perkara baharu. Ada kalanya, pelanggan 'terkena' sehingga terpaksa membayar berkali ganda atau jumlah yang tidak masuk akal dengan kerosakan kenderaan yang dialami. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang lelaki berkongsi pengalamannya yang hampir sahaja menjadi mangsa penipuan mekanik ketika menghantar kereta Proton Waja miliknya yang mengalami kerosakan. Menurut lelaki berkenaan, mekanik tersebut mengenakan bayaran RM145 untuk satu set skru bolt bagi melaraskan sudut tayar (alignment). Individu berkenaan mengambil keputusan untuk membeli sendiri komponen yang diperlukan untuk menjimatkan kos. "Kereta lama. Bolt thread dah loose. Tak pernah lagi kena 'pancung' (tipu) teruk macam ni," tulisnya. Lelaki itu berkata, dia kemudian memutuskan untuk membeli sendiri komponen yang diperlukan biarpun terpaksa berjalan kaki hampir 45 minit untuk ke kedai alat ganti kereta lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik bengkel bijak ajar pelanggan tuntut ‘spare part’ ditinggalkan 4 tahun lepas, minta ganti rugi kalau barang dah tiada ARTIKEL BERKAITAN: Datang pinjam barang, kemudian kacau mekanik buat kerja! Tauke bengkel bengang pelanggan tak tahu malu, buat macam kedai sendiri "Sebab tak nak 'basah kepala' kena 'kencing' dengan pomen. Kau tunggu jap aku cari sendiri. Berjalan ya, sebab kereta dah naik jack. Naik Grab makan modal. "Terpaksa berjalan dari Bayan Baru ke Relau. Hah, berjaya beli... satu bolt baru RM15. Camber Nut semua tak mahal sampai seratus lebih. Agak-agaklah pomen nak 'kapak' orang pun. "Masa bagi bolt dekat pomen, straight dekat mata aku tengok. Hang ingat orang bodoh macam hang? Jammed aku dengar tukar bolt RM145," tulisnya. Aircond Viva aku depa nak RM1,700 untuk fully overhaul. Balik rumah aku buka YouTube dan belajar cara-cara overhauled. NETIZEN Dia sempat menyelitkan nasihat buat pemilik kereta yang lain agar berhati-hati sebelum terus bersetuju dengan caj yang dikenakan mekanik. Perkongsian lelaki berkenaan meraih lebih 466,000 jumlah tontonan di TikTok. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa, malah ada yang mengakui pernah terkena sehingga terpaksa menanggung kerugian besar. Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah 'terkena' ketika menghantar kereta ke bengkel. "Macam haritu, blower aircond aku rosak... tanya kedai, dia minta RM350. Duit tak lebat masa tu. Aku decide balik rumah dulu. Aku Google, tengok YouTube. "Nak tukar rim baru dekat kedai... dia caj nut biasa RM100. Aku pergi kedai lain, beli nut, dalam RM60. Bawa pergi dekat dia, pasang nut yang saya beli. "Aircond Viva aku depa nak RM1,700 untuk fully overhaul. Balik rumah aku buka YouTube dan belajar cara-cara overhauled beli parts yang diperlukan. Habis dalam RM700... Pergi kedai bubuh gas, settle," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube