suria

Wanita derita herpes di mulut, tapi bukan sebab buat perkara tak elok... Lipstik ‘tester’ punca jangkitan

Fatihah berkongsi pengalaman dijangkiti herpes tujuh tahun lalu.

SUDAH menjadi lumrah pengguna alat solek akan mencuba setiap sampel atau tester yang disediakan di premis jualan kosmetik.

Maklumlah, dengan mencuba terus pada kulit baru kita dapat mengetahui kesesuaian sesuatu produk terutama dari segi warna dan kelembapan.

Turut melakukan perkara sama, seorang wanita tidak menyangka salah satu sampel yang dicuba akan menyebabkan dirinya dijangkiti penyakit kelamin, herpes.

Berkongsi insiden yang berlaku tujuh tahun lalu dengan mStar, dia yang ingin dikenali sebagai Fatihah Ramli berkata, ketika itu dia akan mencuba sahaja lipstik dan alat solekan apabila memasuki ruangan kosmetik.

Herpes menyebabkan ruam kecil dan bernanah timbul di sekeliling bibir. -Gambar hiasan

Herpes menyebabkan ruam kecil dan bernanah timbul di sekeliling bibir. -Gambar hiasan

Dia yang pada masa itu berusia 20 tahun mengakui tidak mempunyai pengetahuan tentang jangkitan yang boleh berlaku sekiranya menggunakan sampel yang disediakan.

"Masa tu umur saya 20 tahun, saya cuba sebab dulu saya tak tahu kalau lipstik atau alat solek dekat drug store boleh menyebabkan jangkitan.

"Mula-mula naik biji-biji merah kecil kemudian naik ruam sekitar mulut... biji-biji tu berair dan mempunyai sedikit nanah. Tak silap dua hingga tiga minggu lebih keadaan tu.

"Yang saya kena ni adalah herpes oral di mana kita boleh dapat apabila berkongsi barang dengan orang yang ada herpes ni," ujarnya sambil menambah terpaksa menggunakan pelitup muka semasa keluar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu sakit ingat Allah, 2 tahun solat taubat... Lepas makin sihat pemuda hidap HIV rancak cari ‘jodoh’ di aplikasi songsang

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek gantung patung Jessie ‘Toy Story’ di tingkap rumah, anak dapat ‘baca’ sesuatu - “Mak pesakit psikiatri, mungkin dia rindu cucu”

Menurut anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini lagi, tahun pertamanya penuh dengan 'kesengsaraan' kerana jangkitan yang berlaku sering berulang.

Malah katanya, ruam tersebut akan muncul beberapa bulan sekali sehingga mengganggu kehidupan harian.

"Disebabkan selalu kena ruam tersebut, kulit bibir saya menjadi nipis dan sangat sensitif. Tak boleh kering mahupun pakai lipstik... kalau letak lipstik, bibir akan terus mengelupas dan berdarah," tambahnya lagi.

Memilih untuk mendedahkan situasi yang dialami kepada umum, dia yang berkhidmat sebagai guru peribadi berkata, tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada individu yang gemar mencuba barang 'tester' di pasaran.

Bayangkan MUA (make-up artist) yang menggunakan lipstik pada pelanggan dan tak tahu kalau pelanggan tu ada herpes.

WARGA MAYA

Pada masa sama, katanya, ia bertujuan menjawab persoalan rakan-rakan yang meluahkan kehairanan kerana tidak pernah melihatnya menggunakan lipstik meskipun muka telah disolek.

"Sebab kawan-kawan selalu tanya kenapa tak pernah nampak saya pakai lipstik walaupun mekap tebal pergi majlis... jadi mekap tu macam tak siap.

"Sebelum ni saya cakap bibir saya kering je, kalau dulu malu nak cerita perkara macam ni tapi sekarang saya tengok orang lebih terbuka dan tak ramai orang judge saya sebab mereka boleh cari pengetahuan pasal jangkitan ni, dekat internet pun banyak.

"Dulu kalau cerita perkara macam ni, orang akan pandang serong dekat kita... fikir kita buat benda yang tak elok," jelasnya lagi.

Segelintir warga maya meluahkan kebimbangan terutama melibatkan MUA.

Segelintir warga maya meluahkan kebimbangan terutama melibatkan MUA.

Menurut Fatihah, dia bersyukur apabila penyakit yang dialaminya sembuh dan tidak berulang pada masa ini.

Bagaimanapun, dia yang masih belum mendirikan rumah tangga mengakui, bibirnya mempunyai parut akibat daripada ruam yang berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyatakan pernah berdepan situasi sama selain berasa bimbang untuk terus mencuba tester di ruangan alat solek premis kosmetik.

"Saya pernah kena dulu, saya memang suka test lipstik secara langsung, sekarang dah bertaubat.

"Bayangkan MUA (make-up artist) yang menggunakan lipstik pada pelanggan dan tak tahu kalau pelanggan tu ada herpes. Macam mana tu?

"Toilet duduk awam pun bahaya, kawan saya pernah kena selepas guna tandas duduk.

"Terima kasih kongsikan awarness pasal ni, memang sejak kebelakangan ni ramai dah orang cakap jangan cuba. Mujur dah tak rasa nak mencuba sampel," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain