KEBANYAKAN individu di negara ini tidak mampu untuk menanggung kos rawatan di hospital swasta. Namun, kewujudan skim perlindungan seperti insuran atau takaful membolehkan mereka mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa perlu mengeluarkan belanja tinggi. Di platform X, seorang lelaki tular apabila mendakwa berlaku kekeliruan dalam bil perubatan anaknya di sebuah hospital swasta pada Mac lalu. Tak semua individu mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. -Gambar hiasan Dakwa individu itu, dia mengambil pakej pada harga RM1,500, namun pihak hospital berkenaan meminta membuat pembayaran tambahan ketika proses discaj. "Bercakap tentang hospital swasta ni, hujung Mac lalu anak aku ada buat prosedur kecil. Ambil pakej lengkap harga RM1,500. "Harga termasuk bilik dan penginapan. Ini semua dinyatakan dengan jelas dalam sesawang mereka. Apabila nak discaj, tengok bil keseluruhan RM1,900. Apabila tanya apa yang berlaku, sampai sudah tak ada orang tahu macam mana pakej RM1,500 boleh kena caj ekstra lagi RM400. PENGADU "Aku tanya ekstra caj apa? Kaunter discaj kata tak tahu. Hubungi bahagian bil pun tak tahu juga," ujarnya dalam ciapan berkenaan. Tambah pengadu, pihak hospital berjanji untuk menyiasat masalah itu, namun dia tetap diminta untuk melunaskan bayaran tersebut terlebih dahulu. Selepas seminggu, dia akhirnya dihubungi pihak hospital dan mereka bersetuju untuk mengembalikan semula lebihan wang yang dibayar pengadu. ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tak bercuti, rela pakai kereta lama... Wanita canang bayar pelan takaful RM1,500 sebulan - “Lindungi diri dahulu” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak jual insurans pun” - Gadis resah duit dalam akaun bertambah, Maisarah yang masukkan! "Saya hubungi bilik bedah kot-kot ada caj tambahan, pun tak tahu juga. Dia cakap akan siasat tapi kena bayar dulu RM1,900 tu. Baiklah, bayar dulu. Lepas seminggu hospital hubungi kata akan kembalikan RM400 tu. "Apabila tanya apa yang berlaku, sampai sudah tak ada orang tahu macam mana pakej RM1,500 boleh kena caj ekstra lagi RM400. Jadi kesimpulannya, pastikan semak item dalam bil dan tanya pihak hospital jika ada perkara yang tidak pasti. "Kes saya, deposit dah bayar lain. Tak masuk dalam bil dan dapat refund terus dekat kaunter discaj," ceritanya lagi. Semakan mStar di ruangan komen mendapati beberapa individu lain turut berkongsi kisah mereka yang berdepan pengalaman sama. Kanak-kanak juga berhak mendapat rawatan terbaik sekiranya mereka jatuh sakit. -Gambar hiasan "Hari tu masuk wad, dah bayar dah deductible RM300 medical card. Tiba-tiba masa bil dia suruh tambah lagi RM300. Nasib lawan balik, tanya mana pula RM300 ni datang lagi? "Apabila dah covered by medical card dia kata ada caj ekstra. Tanya tegas, tiba-tiba RM300 tu hilang," kongsi seorang wanita. Seorang lagi individu mendakwa dia pernah diminta membuat pembayaran ekstra dan hospital hanya memohon maaf selepas kesilapan itu disedarinya. "Aku pernah kena masa saringan Covid-19, aku dah bayar asing. Apabila nak keluar, dia caj lagi sekali. Apabila kantoi dia cakap maaf tak perasan," tulis individu itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube