SEGELINTIR ibu bapa menjadikan pusat tahfiz mahupun aliran agama sebagai jalan terkahir dalam mendidik anak-anak mereka terutama yang lemah akademik. Ada yang percaya anak-anak dapat menguasai ilmu agama selepas menukar aliran pendidikan seterusnya mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Tidak kurang juga yang menjadikan pusat tahfiz sebagai tempat untuk 'membentuk' anak-anak yang mengalami masalah disiplin dan nakal. Terdapat pelajar bermasalah dan nakal dihantar ke pusat tahfiz. -Gambar hiasan Menerusi satu hantaran di laman Facebook, seorang lelaki meluahkan rasa kesal apabila berpandangan aliran agama menjadi 'tempat buangan' pelajar lemah akademik dan bermasalah. "Sekarang fahamlah aku kenapa ada orang berpesan, jangan hantar budak kelas akhir belajar agama selepas tak mampu nak hadam segala kat sekolah. "Atau hantar budak nakal nak belajar agama dengan harapan bahawa mereka pulih dan berubah jadi baik... baru hari ini aku faham," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sedekah tepung pelita tak laku ke pusat tahfiz... Guru sebak anak didik diberi makan makanan hancur ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar bongkar punca masalah sekolah tahfiz, tak setuju anak hingusan disuruh berdikari - “Ramai trauma, rasa tak selamat” Lelaki ini turut berpandangan, bidang agama seharusnya didasari oleh individu yang genius sebagaimana golongan agamawan zaman dahulu. Mengambil kira situasi semasa yang acap kali berlaku, ujarnya, ilmu atau bidang keagamaan tidak sewajarnya dijadikan pilihan terakhir untuk ibu bapa mencari jalan keluar atas 'kesilapan' diri sendiri dalam mendidik anak-anak. "Bidang agama kita harus didasari oleh orang-orang genius macam ulama silam. Bukan kelas akhir bang, lebih tepat lagi budak bermasalah. Jenis tiada adab. Mak bapa pula dah tak ambil peduli. WARGA MAYA "Bukannya mereka yang jadikan agama tempat terakhir untuk cari jalan keluar dari kebebalan sendiri," tambahnya lagi. Pandangan yang diutarakannya mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan turut bersetuju dengannya. Tidak kurang juga yang menyifatkan sekolah tahfiz seolah-olah dijadikan pusat serenti dengan berkongsi pengalaman ketika berhadapan situasi seumpama itu. Warga maya menyedari isu yang diutarakan lelaki ini. Kesudahannya, kanak-kanak yang nakal akan mempengaruhi pelajar tahfiz lain. "Arwah ayah aku dulu pengerusi tahfiz. Dia cukup tak suka apabila mak bapa hantar anak-anak nakal dan bermasalah. Biasanya budak-budak macam ni tetap bermasalah dan akan pengaruh yang lain. "Budak bermasalah akan bawa pengaruh negatif ke sekolah agama atau tahfiz. "Dari dulu tak setuju... sekolah tahfiz bukan pusat pemulihan akhlak, ataupun sekolah untuk mereka yang kelainan upaya. "Bukan kelas akhir bang, lebih tepat lagi budak bermasalah. Jenis tiada adab. Mak bapa pula dah tak ambil peduli," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube