CINTA terlarang sememangnya memeritkan, lebih-lebih hubungan yang terjalin selama bertahun-tahun. Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita yang bercinta selama lapan tahun bersama jejaka pilihan, namun tidak mendapat restu keluarga. "Famili tak bagi kahwin, mereka tak berkenan dengan suami aku," katanya menerusi satu luahan di Facebook. Namun gara-gara hubungan tidak direstui, teman lelaki mula mengenali wanita lain dan merancang untuk berkahwin. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Keadaan itu membuatkan dirinya hilang arah sehingga nekad untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan. "Aku paksa suami aku berkahwin tanpa restu famili. Aku urus semua urusan perkahwinan sendiri. Suami aku macam serba salah. "Aku cakap aku izin dia kahwin dengan perempuan tu, asalkan kahwin dengan aku. Jadi, kami pun berkahwin," katanya sambil menambah suaminya memperisterikan perempuan itu sejurus selepas mereka mendirikan rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami... Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua Hakikat yang pahit untuk ditelan selepas berkahwin, wanita itu sebenarnya mengakui dirinya tidak boleh hidup bermadu. Malah dia juga merancang membalas dendam dan mahu menghancurkan rumah tangga suaminya bersama isteri kedua. Dikurniakan cahaya mata merupakan keinginan wanita yang berkahwin. -Gamba hiasan Strateginya bermula selepas dikurniakan cahaya mata yang mana dijadikan 'senjata' untuk mengambil hati dan mengawal suami. "Rezeki aku terus dapat anak. Jadi aku guna anak sebagai point nak kawal suami aku. Mereka dah berkahwin cuma tak ada anak lagi. "Tapi aku aman, aku ada anak. Suami aku lemah soal anak. Jadi aku tahu dia memang banyak masa dengan aku dan anak," ujarnya. Selagi dendam kesumat ada, jiwa dan kehidupan tak akan tenang. NETIZEN Walau bagaimanapun, perasaan bencinya terhadap madunya tetap membuak-buak. Malangnya, madunya seperti enggan mengalah dan tegas dengan pendiriannya untuk terus bersama suami. "Dia tak bercerai pun walaupun suami aku tak ada giliran bersama dia. Suami aku ada meluahkan rasa tak ada nikmat hidup, selalu stres. "Aku tak peduli. Janji dia ada dengan aku dan anak. Tolak tepi perempuan tu," tegasnya. Wanita terpaksa bersabar dengan kehidupan bermadu. -Gambar hiasan Pejam celik, pejam celik dia terpaksa akur menjalani kehidupan bermadu selama tiga tahun. "Tiga tahun hidup aku macam ni dan tiga tahun juga aku dimadukan sebab memang terus berkahwin selepas suami kahwin dengan aku. "Ada masa aku puas hati dapat halang suami aku bersama perempuan tu. Tapi aku tahu suami aku menderita. "Aku tak akan bercerai sebab suami aku sayang anak ni dan aku pun sayang dia. Macam-macam aku dah buat. Dia (bini kedua) masih isteri suami aku," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakannya yang membalas dendam terhadap orang lain demi kebahagiaan diri sendiri. "Jahatnya perangai dan hati budi awak ni ye, pentingkan diri sendiri. Moga Allah tunjukkan jalan yang lurus buat awak. "Selagi dendam kesumat ada, jiwa dan kehidupan tak akan tenang. Semua ni pinjaman je. Apa la nikmat hidup dalam ketidakpuashatian, tak ada restu keluarga dan stres. "Berdamailah dengan takdir. Berdosa awak buat suami dalam keadaan tidak adil dalam poligami. Awak sama-sama tanggung dosa tu," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube