FASA bertunang sememangnya menguji sejauh mana setiap pasangan mampu bertahan dengan perangai masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin kuat dugaan yang dihadapi. Seorang wanita mempunyai perasaan menjengkelkan setiap kali tunangnya meluangkan masa bersama rakan-rakan, membuatkan dia teragak-agak untuk berkahwin. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan "Setiap kali tunang lepak, keluar jalan atau bercuti dengan kawan-kawan dia, aku ada satu perasaan yang aku tak suka perbuatan dia. "Bukan aku tak suka dia ada kawan. Aku faham kehidupan dia sebelum ni macam mana. Tak macam sekarang, baru nak merasa semua ni. "Tapi bagi aku, macam... entahlah. Aku tak pasti sama ada aku dengki atau aku tak suka dia abaikan aku. Macam aku nak dia include aku dalam segala benda," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tiba-tiba makan guna sudu garpu, naluri wanita syak ada benda tak kena... Lepas selidik, sah si dia curang! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘koyak’ dapat tahu kisah silam teman lelaki, terus batal majlis tunang! - “Dia pernah buat panggilan 18SX” Menerusi satu luahan di laman X, wanita itu berasa seolah-olah dirinya dipinggirkan apabila tunangnya menghabiskan masa dengan rakan-rakan. "Aku rasa dia terus lupa aku. Ada pernah jadi banyak kali benda yang aku tak berapa suka. Dia minta maaf, tapi sebahagiannya aku rasa macam dah kurang percaya. "Nak kata aku buat buruk belakang dia, sebab tu aku takut dia buat juga, tak pun. Sebab kebanyakan masa aku kat rumah. "Banyak aktiviti aku dengan keluarga je. Sampai ada masa aku tantrum gila-gila, pergi cederakan diri sendiri sebab marah sangat," ujarnya. Setiap pergerakan tunang akan dipantau wanita. -Gambar hiasan Buntu dengan situasi yang berlaku, gadis itu menyedari dirinya seperti tidak sesuai untuk menjalani kehidupan bersama tunangnya selepas mereka berkahwin. Apatah lagi dia secara terbuka mengakui dirinya mempunyai perasaan iri hati dan mengongkong terhadap setiap perkara yang lelaki itu lakukan. Kalau awak tak percaya dia dengan kehidupan dia, awak tak bersedia ada hubungan. NETIZEN "Bila dia buat sesuatu berkaitan dengan kawan-kawan dia, mesti aku moody. Entahlah, gila kot aku ni," luahnya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan masing-masing di samping menasihatinya supaya mengawal perasaan dan tindakan sendiri. Seorang wanita tidak selesa dengan aktiviti tunang bersama rakan-rakan. -Gambar hiasan Pada masa sama, ada yang mengatakan dirinya hanya 'play victim' (mangsa keadaan) dengan meletakkan kesalahan tersebut pada tunang sedangkan perasaan negatif itu datang daripada dirinya sendiri. "Sebagai wanita, tolonglah jangan fikir yang lebih-lebih. Kalau awak tak percaya dia dengan kehidupan dia, awak tak bersedia ada hubungan. "Semua yang kau cakap tu di luar kawalan kau. Kawan dia, aktiviti dia, trip dia tu di luar kawalan kau. Kau kawal dulu apa yang kau boleh kawal. "Cuba awak buat sibuk, layan drama ke apa. Buat sesuatu bagi diri tu sentiasa sibuk dan tidak overthinking," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube