suria

Catu makanan di usia emas, makcik ‘pencen’ masih perlu kerja e-hailing... Duit simpanan lesap gara-gara satu pautan!

Kisah seorang pemandu e-hailing wanita yang menjadi mangsa scam dikongsikan di laman X.

BAYANGKAN, wang simpanan hasil titik peluh yang mahu digunakan selepas persaraan hilang sekelip mata gara-gara 'terjerat' dek penipuan secara dalam talian (online).

Demikianlah juga dengan nasib yang menimpa seorang pemandu e-hailing wanita berusia 62 tahun, sebagaimana yang dikongsikan di laman X oleh pemilik akaun @nuriyliamalek.

"Iylia book guna satu aplikasi ni. Driver perempuan 62 tahun. Sembang sembang, baru pencen. Puan ni kena scam sebab klik link masa daftar nak buat e-hailing.

"Kesian sangat-sangat. Bayangkan di usia 62 tahun nak pencen rilek-rilek habis simpanan semua," kongsinya dalam satu bebenang di laman sosial berkenaan.

Menurutnya, daripada perkongsian wanita tersebut, segala-galanya bermula apabila dia 'klik' pada pautan yang diberi menerusi aplikasi WhatsApp ketika mahu mendaftar e-hailing.

scam 2

Ramai yang terjerat sehingga wang simpanan bernilai puluhan ribu ringgit lesap.

"Link tu diberi di WhatsApp untuk puan ni buat payment daftar. Apabila puan ni cakap boleh atau tidak nak guna online banking, scammer tu cakap no, just click this link and transfer di situ.

"Link tu seakan page sebuah laman web perbankan. Apabila masuk username and password, terus digodamnya akaun bank puan ni," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kena scam dengan tetamu, pemuda tawar servis hadir rumah terbuka... Bermula di Melaka, merebak satu Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicekup edit resit! Beli jam RM54 tapi cuma 'transfer' 1 sen, dedah dah ramai kawan buat tapi tak kantoi

Disebabkan kehilangan wang simpanan, difahamkan pesara sektor swasta itu terpaksa berjimat-cermat untuk berbelanja.

"Terpaksa keluar rumah. Makan kena catu. Ya Allah menitik air mata. Suara puan ni dah sebak dan serak. Semoga Allah mudahkan urusan puan ni ya.

"Tolong pesan pada ibu bapa kita berhati-hati dengan sebarang link.

"Sebelum turun tadi, Iylia kongsikan rezeki Jumaat dengan puan ni koleksi Iyliamalek. Kebetulan memang baru balik daripada jumpa tailor.

"Tak putus-putus puan ni doa untuk Iylia 'Murah rezeki adik, murah rezeki adik'. Menitik air mata dekat situ juga," kongsinya lagi.

Ayah saya pun kena. Tahun depan baru nak pencen. RM65,000 hangus sebab kena scam konon daripada polis Bukit Aman.

NETIZEN

Sehingga kini perkongsiannya meraih 4,100 ulang kicau (retweet) selain dibanjiri dengan komen netizen.

Ada di antara mereka yang berkongsi kisah ahli keluarga atau kenalan yang turut menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian puluhan ribu ringgit.

komen scam

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Sama dengan mak saya. Habis simpanan dia. Hampir RM45,000 juga. Tak ada air mata. Reda je.

"Ayah saya pun kena. Tahun depan baru nak pencen. RM65,000 hangus sebab kena scam konon daripada polis Bukit Aman. Allahu luluh hati dapat tahu. Sedih sebab tak jadi anak yang mampu protect abah.

"Mak mentua saya pula bukan sebab link tapi tertipu dengan panggilan dan ugutan kononnya ada hutang, kalau tak bayar kena naik mahkamah dan tangkapan. Habis berbelas-belas ribu dalam sehari," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain