NASI lemak, roti canai dan sate merupakan antara makanan Malaysia yang popular dalam kalangan pelancong asing. Di aplikasi TikTok, seorang wanita asing yang menetap di Malaysia tular kerana menyajikan sate untuk majlis perpisahannya sebelum dia meninggalkan negara ini. Menurut pengusaha katering Jijah Satay, pelanggan dikenali sebagai Ellen itu menempah 600 cucuk sate untuk majlis berkenaan. Tangkap layar perkongsian video yang tular di aplikasi TikTok. "Hari ini Jijah bakar 600 cucuk untuk parti perpisahan Puan Ellen. Ellen dah 10 tahun menetap di Malaysia. Selepas ini dia pindah ke Qatar pula. "Malaysia seperti negara sendiri, kata Ellen. Dia harap sangat dapat menetap di sini balik," ujar Jijah menerusi perkongsian di TikTok. Menyediakan perkhidmatan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Jijah berkata dia gembira apabila menu tempatan berjaya memikat selera orang luar. Gembira tau bila orang luar hargai makanan kita. JIJAH PENGUSAHA SATE Malah, dia juga terhibur apabila kehadirannya dalam majlis itu menerima layanan mesra daripada para tetamu. "Waktu ni terbelit lidah nak speaking. Kita layan je. Mereka suka sangat. Masa nak balik, semua tepuk tangan kat Jijah "Gembira tau apabila orang luar hargai makanan kita. Nak satay untuk event anda? Roger Jijah tau," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Berani jual sate 40 sen secucuk, peniaga di Jitra niat kongsi rezeki... Keluarga anak ramai pun mampu makan ARTIKEL BERKAITAN: Pondok buruk jadi gerai sate waktu malam... Ramai orang dah terkena! Jangan berhenti jika lalu jalan Pasir Mas-Salor Menerusi video tular itu, dapat dilihat sate bukan sahaja dinikmati tetamu dewasa, malah kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. Jijah turut menghidangkan nasi impit, timun dan bawang yang dipadankan bersama sate dalam majlis berkenaan. Menurut Jijah lagi, secucuk sate ayam dijual pada harga RM1.50, manakala sate daging berharga RM1.70. Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memuji sikap tetamu majlis itu yang begitu tertib ketika mengambil sate. Sate merupakan menu yang sering menjadi pilihan ramai. "Bagus mereka ambil sate setakat nak makan. Kalau orang aku sendiri, entahlah. "Tertib orang foreigners ambil sate. Kalau orang kita, selagi tak penuh pinggan, tak ingat. "Terima kasih, kamu sedang menjual kebudayaan dan resepi lokal kita. "Betul, saya meniaga sate di kawasan yang ramai orang luar. Tak sangka mereka suka sate," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube