BAKAL pengantin pastinya tidak senang duduk apabila memikirkan tentang persiapan majlis perkahwinan yang semakin hampir. Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak lari daripada dugaan, sama ada besar atau kecil dalam usaha menjayakan hari bahagia tersebut. Seperti mana diluahkan oleh seorang wanita dalam hantaran di Facebook, dia berasa terkilan dengan sikap keluarga besarnya yang mencetuskan masalah menjelang majlis perkahwinan. Berkongsi kisah di grup Tips Persiapan Kahwin, dia tidak terkilan apabila sanak saudara yang datang awal bertindak mengambil buah tangan (goodies) yang sudah disediakan untuk tetamu walaupun majlis belum bermula. Pelbagai masalah boleh berlaku dalam tempoh membuat persiapan kahwin. -Gambar hiasan "Tujuan posting ni untuk meluah je. Sebenarnya dari sebelum majlis saya dah beli goodies cukup-cukup untuk tetamu. "Sebanyak 300 bungkusan untuk orang kampung, 50 bungkusan untuk orang bacaan Yasin. 100 bungkusan untuk budak-budak. "Tetapi goodies yang saya beli untuk orang kampung tak cukup disebabkan anak-anak saudara dan adik-beradik makan," ujarnya. Tambahnya lagi, usahanya untuk meraikan tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinannya pada 20 Julai ini juga hanya dipandang ringan oleh ahli keluarga ARTIKEL BERKAITAN: “Anaknya makan jajan, dia fikir anak orang lain pun sama?” - Ibu bengang dapat ‘goodies tak sihat’ dari taska, pelik ada parents gagal beza baik, buruk ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah ‘buat hal’ dengan tetamu... Acik-acik kena usung baldi, kenduri kahwin jadi macam asrama! Sebaliknya, ahli keluarga memintanya menambah lebih banyak buah tangan sedangkan dia sudah menetapkan peruntukan untuk membeli goodies. "Kotak goodies untuk orang kampung pun masih ada sikit. Kotak pun saya beli cukup-cukup je sedangkan keropok yang saya buat goodies tu ada baki lagi 10 bungkus. "Tapi sebelum dibungkus mereka dah makan satu paket. Satu paket ada 24 bungkus. Alasan anak-anak saudara ada nak makan. "Lepas tu kena beli lain untuk tambah sedangkan saya dah buat ikut bajet saya," katanya lagi. Buat apa yang ada sahaja sekarang ni. Kalau tak cukup goodies pun tak apa. NETIZEN Apa yang berlaku ini menyebabkan dia berhasrat 'menebus' kerugian dengan mengambil semua duit 'salam kaut' yang bakal diberikan oleh tetamu yang datang ke majlis kelak. "Naik bengang juga la. Sudah la bajet lari. Hari tu bila saya nak buat 200 bungkusan je mereka suruh tambah lagi 100 bungkus. Bila sudah tambah, jadi macam tu pula. "Duit salam kaut pun nanti semua saya ambil sebab saya yang keluarkan semua (kos)," katanya mengenai perancangan tersebut. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib dialaminya. Komen netizen di Facebook. Jika diteliti beberapa komen, dia menjelaskan majlis bakal dilangsungkan pada 20 Julai ini. "Buat apa yang ada sahaja sekarang ni. Kalau tak cukup goodies pun tak apa. Yang penting majlis berjalan dengan lancar. Simpan elok-elok mana yang ada tu. "Sis tak nak minta ganti rugi untuk yang tak cukup tu? Hati kental macam saya akan minta. Bila kita bagi nampak ketara yang kita tak suka orang ganggu rancangan, orang akan takut nak buat ikut suka hati. "Dapat adik beradik macam ni tak boleh nak buat apa, diam saja la yang mampu. Susah dapat jenis tak ada adab semua benda main 'sebat' je. Anggap jela ujian dapat adik beradik atau anak beranak macam ni," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube