suria

Dua tahun bapa sakit tak datang jenguk, lepas meninggal ‘melalak’ tuntut harta... Paling sadis lapor polis tuduh ibu songlap duit arwah

Harta pusaka menjadi punca perbalahan ahli keluarga. -Gambar hiasan

ISU faraid dan harta pusaka pasti tercetus setiap kali berlaku kematian dalam sesebuah keluarga.

Perbalahan yang berlaku bukan hanya menyebabkan hubungan antara adik-beradik menjadi renggang, malah turut mengakibatkan kecederaan sehingga meragut nyawa seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.

Terbaharu, warga maya dikejutkan dengan sikap seorang anak yang sanggup membuat laporan polis dan mendakwa ibu sendiri demi harta peninggalan arwah bapanya.

Ia berikutan ibunya mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun arwah bapanya demi menyelesaikan proses pengurusan dan pengebumian jenazah.

Perbalahan sering terjadi disebakan harta pusaka. -Gambar hiasan

Perbalahan sering terjadi disebabkan harta pusaka. -Gambar hiasan

Perkara tersebut didedahkan kakaknya yang buntu dan terkejut dengan sikap semberono si adik kerana tergamak mengheret ibu sendiri ke muka pengadilan demi harta pusaka.

"Mak saya keluarkan wang daripada akaun ayah RM4,000 selepas ayah meninggal dunia untuk uruskan jenazah dan faraid secara tunai.

"Adik buat laporan polis... apa perlu saya buat," ujarnnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Menjelaskan mengenai situasi tersebut, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, ibunya memasukkan baki duit yang dikeluarkan untuk pengurusan jenazah di dalam senarai faraid.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 beradik berebut rumah sewa 24 unit, ‘perjanjian mulut’ bertukar selepas ibu meninggal! Bapa usir anak tunggal lelaki tukang bina kediaman

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak bertelagah rebut rumah pusaka, tanah sekangkang kera... Wasiat ‘aneh’ tinggalan arwah jadi punca

Malah kata wanita ini, ibunya juga menyerahkan wang tunai sejumlah RM7,000 untuk difaraidkan.

"Adik buat laporan polis sebab dia baru tahu mak keluarkan wang daripada ATM ayah semasa hari arwah meninggal dunia.

"Dia tuduh mak songlap duit sedangkan baki tu mak masukkan juga dalam senarai faraid. Keseluruhan tunai untuk faraid adalah RM7,000 termasuk baki yang mak keluarkan tu," ujarnya.

Menurut wanita ini lagi, tindakan ibunya itu juga diketahui mereka sekeluarga kecuali adiknya kerana tidak pulang menziarahi jenazah arwah.

Dia tuduh mak songlap duit sedangkan baki tu mak masukkan juga dalam senarai faraid.

PENGADU

"Semua tahu sebab mak keluarkan untuk urus jenazah dan untuk tunaikan supaya mudah urusan faraid sebelum akaun dibekukan.

"Saya dengar bawah RM10,000 boleh dikeluarkan tanpa surat kuasa," tambahnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila wanita ini turut mendedahkan, adiknya yang tinggal berhampiran dengan tanah perkuburan tidak datang menziarahi jenazah arwah bapa mereka semasa hari pengebumian berlangsung.

Bukan itu sahaja, adiknya juga tidak pernah pulang ke kampung halaman sepanjang tempoh dua tahun bapa mereka sakit.

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

"Sejak dua tahun ayah sakit dan pada hari pengebumian pun dia tidak datang jenguk jenazah.

"(Jarak) rumah dia dari kubur cuma lima minit sahaja kalau naik motor," luahnya sayu.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pilu dan simpati warga maya.

Ramai yang berharap adiknya menerima pembalasan kerana bersikap tidak mengenang budi terhadap ibu sendiri selain gagal memahami pembahagian sistem faraid.

Warga maya turut meluahkan rasa kasihan kepada ibunya.

Warga maya turut meluahkan rasa kasihan kepada ibunya.

Tidak kurang juga yang berkongsi nasihat supaya ibu wanita ini bersabar dan tidak mengambil apa-apa tindakan kerana wang pusaka boleh digunakan untuk pengebumian.

"Tak ada masalah, wang pusaka memang boleh digunakan untuk pengebumian. Ada peruntukan berkaitan di dalam akta, biar dia buat laporan polis.

"Kesian dekat awak sekeluarga, kenapa adik buat laporan polis sedangkan emak sendiri.

"Adik ni kena ditarbiah semula, kesianlah pada ibu yang berada dalam kesusahan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain