SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan, begitulah juga perjalanan kita di alam pekerjaan. Apabila tiba masanya, mungkin kita akan meninggalkan sesebuah syarikat untuk menimba pengalaman di tempat lain pula. Di platform X, seorang individu 'disekolahkan' netizen selepas berkongsi kisahnya yang mahu berhenti kerja. Pekerja tidak sepatutnya memburukkan bekas majikan dan syarikat lama mereka. -Gambar hiasan Menurut individu itu, dia merancang untuk menghantar mesej biadab kepada rakan sekerja selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya. "Nak tanya, aku nak hantar kat WhatsApp grup kerja (ayat) "adios bi*ches" dan keluar grup. Dalam grup tu ada orang headquarters (HQ). "Ada orang pangkat-pangkat tinggi la. Boleh ke pihak pengurusan ambil tindakan kalau aku dah berhenti kerja?" soal individu itu. Waktu minta kerja bukan main meratib minta diterima, apabila resign nak buat perangai macam budak-budak. NETIZEN Rata-rata netizen menganggap pekerja itu tidak matang dan biadab kerana perkataan bi*tch membawa maksud jalang yang biasanya digunakan sebagai penghinaan buat wanita. Adios pula merupakan perkataan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud selamat tinggal. Menurut seorang pelayar X, individu itu sepatutnya bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam hal melibatkan kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Cuti satu setengah bulan, masuk ofis semula ramai staf resign... Wanita kongsi cabaran kerja di firma audit ARTIKEL BERKAITAN: Diarah pindah ke tempat kerja jauh dari rumah, wanita terpaksa resign! Sedar bos guna cara ‘halus’ buang staf "Tak payah (hantar mesej biadab). Benci macam mana pun, kekalkan sikap profesional. Kamu tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. "Bagaimana jika syarikat baharu itu serap salah seorang bos daripada syarikat lama kamu. Lagi pun para majikan biasanya kenal antara satu sama lain. "Jangan burukkan nama sendiri. Keluar baik-baik je. Selamat bekerja di tempat baharu," pesan seorang wanita. Dunia pekerjaan mengajar kita agar sentiasa bersikap profesional dan matang dalam apa jua tindakan. - Gambar hiasan Beberapa netizen yang lain turut berpandangan serupa dan menasihati individu itu agar tidak bertindak bodoh meskipun dia sudah meletakkan jawatannya. "Kawan aku pernah buat perangai macam ni masa resign. Selepas beberapa tahun dia nak apply balik sebab company yang dia masuk lagi teruk. Busuk-busuk bos aku reject walaupun dia boleh buat kerja. "Waktu minta kerja bukan main meratib minta diterima, apabila nak resign, nak buat perangai macam budak-budak. Tolong la matang sikit perangai tu. "Ni umur berapa ni buat perangai bodoh macam ni? Malaysia ni kecil je, kadang-kadang company tu ada link dengan company lain," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube