suria

“Kerja 15 minit pun harga macam tu?” - Hati abang ‘pomen’ terguris, niat baik buat servis sampai malam diperlekeh... Upah tak setimpal

Seorang mekanik terkilan terhadap segelintir pihak yang mendapatkan khidmatnya. -Gambar hiasan

JIKA kereta rosak secara tiba-tiba, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran tentunya untuk mencari mekanik atau bengkel terdekat.

Namun situasi itu akan menjadi lebih cemas jika ia berlaku pada waktu malam, ketika kebanyakan pusat servis atau bengkel tidak beroperasi.

Seorang wanita yang merupakan isteri kepada pengusaha bengkel tampil bercerita tentang kerenah sesetengah individu yang pernah dibantu mereka tatkala berdepan masalah kereta rosak.

Menurutnya, di awal pembukaan bengkel, suaminya yang merupakan mekanik sering keluar untuk membantu membaiki kerosakan kereta tanpa mengira waktu.

Menerima panggilan daripada orang awam tanpa mengira waktu bagi mendapatkan bantuan. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang malam, kalau si isteri ni rajin ikut jugalah dia temankan.

"Ada masa, bukan setakat teman tapi siap tolong towing. Dah naik expert si isteri towing kereta," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mesra dipanggil Lynd, dia sedar mungkin segelintir masyarakat lebih melihat suaminya hanya mengejar jualan dan keuntungan, tetapi sebenarnya lebih kepada mahu membantu orang.

"Yelah, kalau telefon malam dan kita tak tolong, esok mereka tu nak kerja macam mana?" katanya yang merujuk kereta kini menjadi keperluan untuk kegunaan harian orang ramai seperti ke tempat kerja.

Namun kata Lynd, suaminya tidak lagi keluar malam seperti kebiasaannya, sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nilai ‘technician’ elektrik hanya RM20! Risiko baiki litar pintas dipandang rendah - “Datang periksa saja pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tolak upah RM500, pulangkan dalam peti surat depan rumah - “Aku syak makcik ini tak sihat”

"Pernah tanya juga kenapa dah tak attend breakdown luar. Dia cakap kalau pergi tapi dapat 'terima kasih' je, baik baring kat rumah.

"Kadang-kadang siap pakej ucapan... terima kasih bang, saya dah call bengkel lain. Dia minta RM50 untuk datang rumah, padahal saya tahu je benda senang je ni.

"Wah, wah, berdesing telinga bini dengar! Kau 'pinjam' laki aku free je ye. Tangan laki aku yang kotor lepas pegang kereta tu pun basuh pakai air yang dibayar. Belum lagi cerita minyak kereta nak gi sana," katanya.

Memang terasa pedih, namun itulah realiti yang berlaku hari ini.

Lebih menyedihkan apabila segelintirnya sanggup merendahkan dan mempertikaikan kualiti kerja mereka dalam bidang baik pulih kereta.

Peranan dan tanggungjawab mekanik tidak semudah seperti yang disangka. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang belum lagi memperlekehkan kerja kita siap kata... kerja 15 minit pun harga macam tu?

"Mungkin rakyat jelata tak tahu yang kerja 15 minit datang dari pengalaman 15 tahun. Atau mungkin mindset kereta yang dibaiki lama tu baru layak untuk dicaj mahal," ujarnya.

Namun katanya, terdapat segelintir masyarakat menyedari dan menghargai tugas dan peranan mekanik.

"Tapi ada je yang baik. Ada masa suami tak nak caj pun apabila ditanya harga. Mungkin sebab kebetulan ada di kawasan situ di hari Ahad atau malam.

"Suami tak ambil, dia hulur duit kat anak-anak seorang RM10," katanya yang bersyukur dengan pemberian daripada orang awam yang tahu menghargai tugas suaminya itu.

Seorang lelaki meluahkan kekecewaannya kerana khidmatnya sebagai mekanik tidak dihargai. -Gambar hiasan

Luahan wanita mendapat pelbagai reaksi dan pandangan, termasuk mereka yang bergelar 'pomen'.

"Suami saya pun dah tak ambil kerja malam. Bukan sombong atau tak nak tolong tapi terasa macam dihina pula. Kita dah tolong atas rasa simpati, tapi akhirnya kita macam pengemis je dibuatnya.

"Ada kes, kita dah tolong. Kereta dah hidup, tup-tup dia boleh pergi macam tu je. Terima kasih pun tak ada.

"Orang bagi upah seikhlas hati je sedangkan dah beritahu siap-siap harga sebelum datang 'menolong'. Ada yang faham, fahamlah. Yang tak faham pasal kudrat orang ini la yang buat kita bengang. Kalau tahu benda tu senang, buatlah sendiri. Tak payah panggil orang," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain