LAZIMNYA kita dipaparkan dengan perkongsian luahan anak sulung di media sosial yang terpaksa berkorban demi mendahulukan adik-beradik yang lain. Bagaimanapun dalam satu hantaran di laman X, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap abangnya yang terlalu mementingkan diri dan enggan beralah dengan adik-beradik setiap kali pulang ke kampung. "Abang aku umur dia lebih kurang 30 lebih, dah ada anak bini, ada rumah sendiri. Dia tak nak lepaskan bilik dia yang ada dekat rumah (kampung) ni. "Dia kunci pintu bilik dia. Kalau dia tak balik memang bilik tu kosong je. Adik-beradik lain yang terpaksa kongsi bilik, sebab perangai abang macam tu. "Balik ke kampung pun dua minggu sekali. Yang kami tidur setiap hari ni macam mana? (Dia) siap kunci pintu bilik ya," luahnya dalam hantaran tersebut. Menurut individu berkenaan, sudah beberapa kali perkara tersebut dibangkitkan namun abangnya tetap enggan beralah dan tidak mahu berkongsi bilik yang sama dengan adik-beradiknya. Saling bertolak ansur serta mempunyai 'common sense' dapat mengelakkan konflik sesama adik-beradik. -Gambar hiasan "Alasan dia, senang nak balik tidur dengan anak bini. Sampai bergaduh tak bertegur sapa. "Baru-baru ni dia balik setelah sebulan tak balik. Macam biasalah, dia balik dengan anak bini terus duduk dalam bilik. "Bincang lagi pasal bilik dengan dia. Dia siap nak halau kami dari rumah ni. Dia kata rumah tu rumah dia," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Adik tiada pilihan... Kena berkorban pindah bilik kecil demi keselesaan abang, kakak dan anak buah balik beraya ARTIKEL BERKAITAN: “Sukar meluahkan, akhirnya pendam je” - Realiti hidup anak sulung, ramai dedah kisah sepanjang dibesarkan... ada kata manja, tak cukup kasih sayang Lebih membuatkan pengadu itu bertambah sedih, bapanya pula bersikap berat sebelah dengan 'memenangkan' abangnya. "Tolong bagi pendapat... perlu ke lock bilik? Padahal adik-beradik lain belum berkahwin," tulisnya. Rata-rata netizen tampil dengan pelbagai reaksi, dengan segelintir daripadanya turut berpendapat abang kepada individu berkenaan sewajarnya bertolak ansur lebih-lebih lagi hanya pulang ke kampung sekali sekala. Mungkin dia kenal adik-beradik dia jenis macam mana. Atau mungkin ada sebab dia berkira. NETIZEN "Kakak aku habis beribu ringgit buat bilik, tapi dia bagi je adik-adik tidur asalkan time dia balik, adik-adik buat housekeeping. "Saya anak sulung, ada bilik sendiri di rumah mak ayah... rules saya, adik nak guna boleh... tapi jangan sepah," komen netizen. Sementara itu, ada pula yang menyebelahi abang individu berkenaan kerana dia mempunyai hak sekiranya merupakan pemilik rumah berkenaan. Antara reaksi warga maya terhadap perkongsian individu tersebut. "Dia kata rumah dia, so tak boleh kata apa... memang patut ada satu bilik untuk dia. "Mungkin dia kenal adik-beradik dia jenis macam mana. Atau mungkin ada sebab dia berkira. "Betul dah cara abang tu. Apabila korang dapat bilik, anak bini dia nak tidur mana," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube