suria

Lepas sedap kena urut terus tidur... Wanita kecewa suami tak faham ‘bahasa cinta’, isyarat ajak bersama selalu tak sampai

Nafkah batin merupakan salah satu elemen penting dalam keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

SABAN hari banyak kisah perbuatan curang pasangan suami isteri disajikan di media sosial.

Di platform X, seorang wanita mengakui rumah tangganya yang dibina sejak empat tahun lalu suram meskipun suaminya tidak pernah berlaku curang.

Dalam perkongsian tular pada Sabtu, wanita itu berkata dia kecewa kerana menerima layanan batin yang dianggap ala kadar sahaja daripada suaminya.

suami2

Kegagalan memberi nafkah batin boleh menjadi punca keretakan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

"Ini soal nafkah batin. Ini bukan soal seks tapi kasih sayang. Aku frust empat tahun kahwin. Tiap malam waktu nak tidur, dia berdengkur terus.

"Kita sebagai isteri, kadang terasa nak dipeluk, nak pillow talk. Awal-awal okey la, sekarang dekat lima tahun hadap benda ni," luah wanita itu.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata suaminya sering menggunakan alasan anak dan kerja untuk tidur awal, sekali gus menyebabkan mereka jarang bersama.

Apabila cerita pada kawan, mereka cakap sekurang-kurangnya suami saya tak curang.

PENGADU

Menurut wanita itu, dia juga sudah habis ikhtiar untuk menyemarakkan hubungan antara mereka, namun usaha yang dilakukannya tetap gagal.

"Itu belum cakap yang dia sentuh pun dua ke tiga bulan sekali. Itupun hanya ambil masa lima minit, terus selesai. Alasan ada anak, kena tidur sebab esok kerja.

"Petua pakai lingerie, berkemban, tidur berpakaian dalam, wangi-wangi, semua dah cuba. Siap urut dia sebelum tidur dan beri hint. Tapi dia bantai tidur macam tiada apa-apa," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat isteri pemalas, suami tercari-cari kemanisan rumah tangga... Setiap hari bangun lewat, ‘berkira’ beri layanan batin

Di sebalik luahan itu, pengadu berkata suaminya merupakan lelaki yang baik dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

"Dia lelaki yang baik, ayah yang baik untuk anak saya. Semua yang saya buat dia akan tolong. Cuma hubungan intim yang kurang. Saya tak faham bahasa cinta dia.

"Apabila cerita pada kawan, mereka cakap sekurang-kurangnya suami saya tak curang. Kalau suami bagi alasan sibuk, saya juga bekerja. Tapi dia terpaling penat.

"Dia banyak tengok cerita Korea. Sepatutnya dia lagi faham bahasa badan wanita," ujar wanita itu lagi.

suami3

Suami yang bertanggungjawab menjadi idaman setiap wanita. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, netizen meminta wanita itu agar bersabar dan mencuba ikhtiar lain bagi menyelamatkan rumah tangganya.

"Cuba bawa jumpa doktor. Boleh jadi dia stres, masalah hormon. Sebab biasanya lelaki yang normal akan nak selalu (seks).

"Sabar ya kak. Doa yang baik-baik, moga tiada sihir pemisah.

"Percayalah, suami awak gay. Cuba periksa telefon dia. Kalau ada aplikasi gay, memang sah," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain