suria

Lelaki tergamam, isteri jumpa coli hitam dalam kereta! Tak fikir panjang, terus syak wanita mabuk dari kelab malam

Kelihatan bra milik seorang penumpang tertinggal dalam kenderaan e-hailing.

SABAN hari ada saja kisah menarik yang tercetus melibatkan pemandu dan penumpang perkhidmatan e-hailing dikongsikan di media sosial.

Tular di Facebook, seorang pemandu e-hailing dikenali sebagai Wan Syahril meluahkan rasa kesal dengan sikap penumpang terakhir yang menggunakan perkhidmatannya.

Seperti dikongsikan di grup Grab Driver Malaysia, penumpangnya yang didakwa berada dalam pengaruh alkohol itu meninggalkan baju dalamnya (bra) di bahagian belakang tempat duduk penumpang.

Banyak pengalaman aneh dikongsikan pemandu e-hailing di media sosial. -Gambar hiasan

"Ambil penumpang balik dari sebuah kelab malam dengan keadaan dia sedang mabuk.

"Saya boleh tak perasan dia tertinggal 'spek mata' (bra) dalam kereta saya," jelasnya sambil berkongsi sekeping foto menunjukkan pakaian terbabit.

Menurut Syahril, dia langsung tidak menyedari tentang kewujudan barang peribadi milik penumpang berkenaan sehinggalah pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini kereta cari makan” - Driver Grab ada sebab minta 5 siswi turun, bukan nak aib penumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Driver Grab tak sia-siakan kepintarannya! Tayang resume dalam kereta, penumpang kagum bukan calang-calang lulusan

Lebih menambah 'drama' dalam cerita Syahril ialah apabila pakaian dalam milik wanita tidak dikenali itu dijumpai isterinya pada keesokan harinya.

"Sampai dekat rumah nak bawa isteri pergi jalan-jalan. Isteri ternampak... dah dia fikir bukan-bukan.

"Tolong la penumpang-penumpang yang naik kereta. Mabuk macam mana sekali pun jangan la sampai tertinggal bra dalam kereta pemandu.

Kalau suami saya macam ni, sampai tua kerepot pun saya tak akan percaya.

NETIZEN

"Lagi-lagi kalau tinggal sampah. Ambil maklum la. Sudah besar jangan jadi macam orang tak ada otak," katanya menitipkan pesanan.

Hantaran dikongsikan pemandu e-hailing ini meraih pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan luahan lelaki tersebut.

Malah ada juga pemandu e-hailing lain turut menceritakan pengalaman mereka sebelum ini berdepan situasi hampir sama.

Komen netizen di Facebook.

"Pening ya nak menjawab (dengan isteri).

"Untung kalau isteri jenis faham dan percaya. Kalau suami saya macam ni, sampai tua kerepot pun saya tak akan percaya.

"Dulu bawa e-hailing pun macam-macam hal. Jumpa gincu, bra, kasut tumit tinggi... kondom dalam plastik pun ada. Memang setiap kali balik rumah, sebelum famili masuk kereta memang saya bersihkan dulu.

"Memang buat fitnah, orang tak percaya. Sudah la kita kerja pagi sampai malam," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain