suria

Tak hirau ombak besar, mujur ada penduduk setempat selamatkan budak tingkatan 1 lemas... Muka dah bertukar biru

Tangkap layar video kejadian itu yang tular di TikTok.

SEORANG pemuda menerima pujian ramai selepas dia berjaya menyelamatkan seorang mangsa yang hampir lemas di Pantai Geliga, Kemaman, Terengganu.

Menerusi video tular, pemuda dikenali sebagai Mohd Safiudin itu dilihat mengendong seorang remaja lelaki untuk dibawa ke darat.

Dalam keadaan ombak yang bergelora, dia berjaya menyelamatkan mangsa yang dipercayai bermain di kawasan pantai tanpa pengawasan sesiapa.

lemas2

Menurut pemilik video, mangsa baru berusia 13 tahun.

Orang ramai dilihat berlari ke arah tepi pantai untuk melihat keadaan mangsa selepas dia diselamatkan oleh Mohd Safiuddin.

Meskipun tertelan air ketika lemas, remaja lelaki itu masih sedarkan diri dan mampu berjalan sendiri selepas dibawa ke darat.

Dalam hantaran di TikTok, Mohd Safiudin turut memberi pesanan agar orang ramai menjauhi pantai sekiranya melihat keadaan laut bergelora.

Orang kampung tak mandi, dah tahu 'penyakit' ini. Ini orang luar datang mandi.

MOHD SAFIUDDIN

"Kepada mak-mak ayah tu, tolong nasihat anak-anak. Jangan galak mandi la, ombak kuat sekarang. Cari penyakit. Nasib baik panjang umur.

"Banyak dah (mangsa) telan air, biru muka. Kita tak pandai juga, tapi asbab je tu. Tuhan izin, Alhamdulillah, selamat," ujarnya.

Menurut Mohd Safiuddin, mangsa tidak ditemani keluarga, sebaliknya datang ke pantai itu bersama rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sengaja rakam momen BBF terkapai-kapai dalam sungai, nyaris lemas depan mata... Netizen pesan tengok warna air

ARTIKEL BERKAITAN: Pemancing temukan kanak-kanak autisme lemas dalam tasik selepas 3 jam hilang

"Orang kampung tak mandi, dah tahu 'penyakit' ini. Ini orang luar datang mandi. Yang ini dia tak datang dengan mak ayah. Umur 14 tahun. Dia datang dengan kawan-kawan.

"Datang kononnya nak memancing. Sampai pantai, joran entah ke mana, orang pun entah ke mana. Kena dah sekali tu, mungkin dia akan ingat sampai bila-bila.

"Kebetulan (saya) ada di situ. Kalau tak tolong, rasa bersalah juga. Sebab tempat kita main hari-hari," tulis pemuda itu lagi.

lemas3

Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa pengunjung pantai.

Video Mohd Safiuddin menyelamatkan mangsa tular di TikTok sehingga menerim lebih 200,000 tontonan dan dihujani pelbagai komen netizen.

"Bahaya weh. Tengok ombak pun dah takut. Macam mana la boleh mandi juga?

"Terbaik penyelamat. Siap pikul lagi, trauma dah rasanya budak tu.

"Alhamdulillah, terbaik orang yang tolong tu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain