suria

“Tiada kekurangan, beres semua” - Wanita ‘deep talk’ dengan mentua, risau suami dihasut kahwin lain gara-gara belum ada zuriat

Video 'deep talk' antara wanita ini dan ibu mentuanya tular di TikTok.

KISAH tentang menantu yang menerima layanan buruk ibu mentua menyebabkan segelintir wanita takut untuk mendirikan rumah tangga.

Namun, seorang TikToker dikenali sebagai Rose membuktikan sebaliknya apabila dia berkongsi video deep talk bersama ibu mentuanya.

Dalam video itu, Rose cuba menyelami perasaan ibu mentuanya dengan bertanyakan soalan memandangkan dia masih belum memiliki cahaya mata.

mentua2

Si ibu mentua akui tak kisah menantunya lambat mendapat cahaya mata.

"Ada orang kata, dah nikah setahun, tapi tiada anak, nanti mentua tak suka, betul ke? Nanti ma (mama) suruh abang ngah (suami) kahwin lain.

"Kan kakak dan nikah setahun dengan abang ngah, ma rasa macam mana kakak jadi menantu ma?" soal wanita itu kepada mentuanya.

Dalam sesi sembang santai itu, ibu mentua kepada Rose mengakui dia tidak kisah pasangan tersebut belum dikurniakan cahaya mata.

Ma rasa beres kakak jadi menantu ma... tiada kekurangan, beres semua.

IBU MENTUA ROSE

Malah katanya, dia bahagia menerima Rose sebagai menantunya yang disifatkan langsung tidak mempunyai sebarang kekurangan.

"Ma suka, biarlah tiada rezeki lagi, nanti kemudian hari ada rezeki, boleh (dapat) cucu. Ma tak suruh abang ngah nikah lain. Tak apa, ma tak kisah tiada rezeki lagi, tak dapat cucu.

"Ma rasa beres kakak jadi menantu ma, tiada kekurangan, beres semua. Ma sayang kakak, tak sakitkan hati ma," jawab ibu mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu dengan famili mentua, aib keluarga tersebar selepas buat aduan di pejabat agama... Rupanya staf ‘kepochi’ bocor rahsia!

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua anggap menantu kerja ‘gomen’ macam sampah... Marah permintaan guna nama buat ‘loan’ beli Hilux ditolak!

Kedua-dua mereka dilihat duduk bertentangan sambil berborak dengan penuh gelak tawa, menyebabkan video berkenaan meraih perhatian pelayar TikTok.

Rata-rata netizen turut memuji sikap penyayang ibu mentuanya yang langsung tidak kisah meskipun lambat menerima kehadiran cucu.

"Allahuakhbar, impian setiap wanita untuk dapat mentua dan ipar yang baik.

mentua3

Netizen turut memuji hubungan baik antara Rose dan ibu mentuanya.

"Buat Rose, jagalah mentua dengan baik. Payah nak jumpa mentua yang baik.

"Rezeki awak sis dapat mentua baik walaupun rezeki anak belum menjemput.

"Ikhlas betul pandangan ibu mentua dia," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain