suria

“Masuk bilik saya, 106” - Iman rider diuji, ditawar ‘nikmat duniawi’ waktu kerja... Pelanggan nak bayar makanan dengan maruah pun ada!

Pekerja khidmat penghantaran berdepan gangguan seksual daripada pelanggan. -Gambar hiasan

SETIAP pekerjaan mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Bagi pekerja khidmat penghantaran, perubahan cuaca, risiko kemalangan serta ragam pelanggan menjadi cabaran utama buat mereka.

Di TikTok, seorang rider tular apabila berkongsi pengalamannya berdepan gangguan seksual ketika menghantar pesanan makanan pelanggan.

rider2

Pendedahan seorang pemuda tentang sisi gelap kerjayanya tular di TikTok.

Dalam beberapa tangkap layar yang dikongsi, salah seorang pelanggan mengajak pemuda itu untuk masuk ke dalam biliknya, dipercayai di sebuah hotel.

Lebih jijik, seorang pelanggan lain turut menawarkan seks oral kerana tidak mempunyai wang secukupnya untuk membayar pesanan makanan.

"Tolong hantar masuk bilik saya, bilik 106, terima kasih. Bang tak cukup duit, saya h*sap boleh? Kalau tak boleh, batal je," tulis pelanggan-pelanggan tersebut.

Apalah nasib, begitulah dugaan kami sebagai seorang rider.

RIDER TULAR

Disebabkan beberapa gangguan daripada pelanggan yang dianggap biadab, pemuda itu akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan daripada syarikat terbabit.

Dia kemudian mencuba nasib mencari rezeki dengan syarikat kedua yang menawarkan servis yang sama.

Namun katanya, dia turut berdepan gangguan serupa, termasuklah daripada kaum lelaki yang bernafsu songsang.

Dalam perkongsian tangkap layar lain, seorang pelanggan menulis mesej mahu mencari 'rider sporting' untuk ditawarkan seks oral.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2 pagi rider penghantaran pujuk masuk rumah, tak tahan nak kencing! Wanita cemas, biar makanan tergantung depan pintu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan lelaki ajak abang ‘rider’ buat seks pukul 2 pagi... Netizen syak muka ‘jambu’ punca jadi mangsa selera songsang

"Apalah nasib. Begitulah dugaan kami sebagai seorang rider," tulis pemuda itu pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memuji rider itu kerana tidak terpedaya dengan pelawaan maksiat.

"Jarang jumpa lelaki mahal sekarang. Abang satu dalam sejuta.

"Jadi lelaki pun tak selamat sekarang," tulis netizen.

rider3

Antara mesej godaan yang diterima rider.

Dalam pada itu, beberapa individu turut menitipkan doa buat para rider agar mereka sentiasa dilindungi ketika bekerja.

"Moga Allah pelihara rider dan moga Allah terus tetapkan iman kalian dan murahkan rezeki. Tak sangka banyak dugaan.

"Kami doakan abang-abang delivery kuat iman dan rezeki berkat. Amin.

"Sedihnya, rider nak cari rezeki halal pun susah," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain