GOLONGAN ibu hamil memang cukup sinonim dengan ungkapan mengidam, namun suami akan 'pening' jika apa yang diidamkan itu adalah sesuatu yang pelik dan sukar ditunaikan. Seperti yang dikongsikan Engku Khaleed Aqmal di TkTok, dia menunjukkan bagaimana permintaan isterinya akhirnya berjaya ditunaikan selepas wanita itu lama mengidam. Dalam perkongsiannya, Engku Khaleed dilihat membawa isteri kesayangan pergi ke sebuah balai polis di Temerloh, Pahang untuk merealisasikan hajatnya. "Dah nak bersalin, saya baru boleh penuhi mengidam Anje (panggilan isteri) sejak dari minggu ke-13 mengandung. Engku Khaleed dan isteri. "Tiap kali tengok motor Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mesti dia sedih tak dapat naik. Tapi, Alhamdulillah hari ni dapat penuhi keinginan Anje," tulis si suami. Dalam video berkenaan, kelihatan isterinya begitu teruja apabila dapat menyentuh motosikal berkenaan buat pertama kali. Malah, wanita itu juga dilihat mengesat air matanya, seperti tidak percaya bahawa apa yang diidamkan selama ini akhirnya berjaya dipenuhi oleh suami dengan kerjasama pihak polis. Jika diteliti pada video itu, pasangan ini juga dilihat menerima layanan mesra daripada tiga angggota polis di cawangan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam nasi ayam goreng di sekolah lamanya, suami terpaksa pergi sehari lebih awal ‘kawtim’ dengan guard ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam putu mayam tapi ada banyak ‘kriteria’, netizen ajar suami ‘tipu’ kalau gagal penuhi syarat "Terima kasih abang-abang polis yang sporting siap escort bawa ke balai. Semoga dipermudahkan urusan Anje bersalin," kata suaminya lagi. Ketika duduk di atas motosikal, wanita ini sempat memegang perutnya sambil memandang suami sebagai tanda terima kasih. Kata Engku Khaleed, isterinya sebelum ini tidak pernah mengidamkan sesuatu yang pelik. "Bila isteri mengidam paling pelik pada saya. Mengandung sebelum ni tak pernah pun mengidam pelik-pelik," katanya. Mungkin anak encik dan puan nak jadi anggota polis bila besar nanti. NETIZEN Jika diteliti di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat momen manis dan menyentuh hati itu. "Mungkin anak encik dan puan nak jadi anggota polis bila besar nanti. Semoga dipermudahkan urusan. "Semoga anak bakal lahir nanti jadi polis yang berwibawa, amanah dan fatanah. Amin," komen netizen. Komen netizen di TikTok. Malah, pihak polis juga turut memberi respon mereka selepas video tersebut menjadi tular di media sosial. "Bahagia kami dapat tumpang bantu merealisasikan hajat encik dan isteri. Semoga bayi dan ibu sihat dan dilindungi Allah SWT. "Kami daripada unit MPV dan URB Temerloh mendoakan dipermudahkan segala urusan tuan dan puan bersalin nanti," ujar wakil polis itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube