suria

Pemuda melampau buka bengkel besi belakang rumah! Tak peduli jiran sakit telinga, bayi tak boleh tidur bunyi bising mesin

Rumah tidak sepatutnya dijadikan bengkel atau kedai sehingga mengganggu jiran tetangga. -Gambar hiasan

KEDIAMAN yang selesa dan tenang merupakan impian setiap individu terutama mereka yang mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, ramai yang gemar menjalankan bisnes kecil-kecilan di rumah namun apa yang tidak sedap didengar apabila perniagaan itu mengganggu jiran tetangga.

Situasi tersebut adakalanya menyebabkan perselisihan faham berlaku sesama jiran dan seterusnya menghilangkan keharmonian setempat.

Mereka yang hidup berjiran perlu saling menghormati dan menjaga adab. -Gambar hiasan

Mereka yang hidup berjiran perlu saling menghormati dan menjaga adab. -Gambar hiasan

Turut dibelenggu masalah yang sama, seorang wanita berkongsikan situasi yang dialaminya di laman Facebook.

"Jiran saya ni tukang besi, tiap-tiap hari bunyi bising grinder (alat pemotong besi) dia.

"Kita ni ada anak kecil, memang tak boleh lena dengan suara-suara bising macam tu," luahnya memohon simpati.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran punca wanita ‘resign’! Satu famili ‘selfish’ bab parkir, orang lain susah tak apa asalkan anak beranak mereka senang

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur aircond jiran bising sebab air menitik atas awning, individu huni flat dihalau duduk rumah teres

Dia yang mendiami kawasan kejiranan jenis teres berkata, jirannya telah membuka bengkel kimpalan besi di ruang belakang rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, dia berhasrat untuk membuat aduan kepada pihak berwajib bagi membolehkan bengkel tersebut ditutup sepenuhnya sekali gus mengurangkan gangguan dan pencemaran bunyi.

"Kami rumah taman, bengkel dia buat belakang rumah... boleh saya adukan pada PBT atas perbuatan tu?

Rumah taman tak boleh buat bengkel, restoran, kelab malam atau apa jua kena permit dari PBT.

WARGA MAYA

"Andai kata saya buat laporan, adakah identiti saya disembunyikan? Bukan apa... saya tak mahu bermasam muka dengan jiran," tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita ini kerana terpaksa berjiran dengan individu yang penting diri.

Pada masa sama, ramai yang menyokong tindakannya untuk membuat aduan kepada pihak PBT.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

"Lapor je awak, taman saya ni bakar sampah sikit pun dah kena adu. Kejap je Jabatan Alam Sekitar datang, kalau awak rasa terganggu, lapor je.

"Boleh. Saya pun asalnya bertukang di rumah taman, cuma taman saya ni kebanyakan orang luar... beli rumah untuk aset. Hari cuti je dia orang ada, tapi sekarang dah pindah ke bengkel.

"Rumah taman tak boleh buat bengkel, restoran, kelab malam atau apa jua kena permit dari PBT. Anda berhak membuat laporan kes yang anda maksudkan, setiap laporan akan dirahsiakan.

"Masalah betul jenis manusia yang buat bengkel besi, kereta, motor dalam rumah taman ni. Mesti akan ganggu jiran-jiran dengan bunyi bising alatan dia, jenis manusia penting diri dan tak ada hati perut," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain