suria

Tunang tiba-tiba ‘resign’, tiada usaha cari kerja… Gadis ragu-ragu nak kahwin lepas ternampak baki akaun terkini

Setiap pasangan mempunyai tanggungjawab lebih besar selepas berkahwin. -Gambar hiasan

FASA pertunangan merupakan tempoh untuk pasangan mengenali hati budi masing-masing.

Maka tidak hairanlah ada yang mengambil masa yang panjang dalam fasa ini sebelum mengikat hubungan dengan ikatan perkahwinan.

Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita menceritakan situasi yang dialaminya bersama tunang yang membuatkan dirinya buntu.

Perancangan kewangan perlu dilakukan untuk majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

Perancangan kewangan perlu dilakukan untuk majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

Memulakan cerita, ujarnya, dia dan pasangan merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada Februari 2025.

Bagaimanapun tanpa diduga, tunangnya tiba-tiba memaklumkan sudah berhenti kerja disebabkan tekanan.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh menganggur, tunangnya juga tidak menunjukkan sebarang usaha untuk mencari pekerjaan baharu.

“Aku dan tunang dah rancang nak berkahwin pada bulan Februari tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘koyak’ dapat tahu kisah silam teman lelaki, terus batal majlis tunang! - “Dia pernah buat panggilan 18SX”

ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia”

“Tapi dia baru berhenti kerja bulan lepas. Sampai sekarang belum dapat kerja dan tak nampak pun usaha dia untuk cari kerja,” luahnya sayu.

Situasi ini menyebabkan dia bimbang setiap kali memikirkan tentang persiapan dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung serta masa depan rumah tangganya kelak.

Apabila diajukan tentang status kewangan untuk majlis mereka, tunangnya hanya menyatakan bahawa dia mempunyai 'cukup duit'.

Masa ni Tuhan nak tunjuk sama ada kau sanggup susah senang bersama-sama atau tidak.

WARGA MAYA

“Dia cakap duit cukup je untuk kahwin, tapi aku ternampak baki dalam akaun bank dia dan dia ada hutang kad kredit juga,” tambahnya yang mengakui berasa risau memikirkan kewangan bakal suami.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya mencadangkan supaya dia menangguhkan dulu hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau aku perempuan, aku tangguhkan dulu kahwin sebab 'sakit' tanggung biawak hidup.

“Tangguh dulu kahwin dan ugut cakap kalau tak ada kerja tak boleh kahwin. Tengok usaha dia macam mana.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

“Tak tahu la tapi orang yang resign tanpa secure new job ni macam tak fikir panjang pun ada, unless kalau nak buat business,” ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun segelintir netizen lagi menyatakan apa yang berlaku adalah dugaan untuknya bagi menguji kesetiaan serta kesabaran dalam hubungan.

“Percaya je tunang. Rezeki kahwin tu ada, jadi boleh buat hutang lagi personal loan. Lepas tu bayar sama-sama, siapa lagi nak bersama tunang kalau bukan awak.

“Masa ni Tuhan nak tunjuk sama ada kau sanggup susah senang bersama-sama atau tidak.

“Mungkin dia ada akaun lain, yang awak nampak tu akaun kegunaan harian. Macam aku buat ni, asingkan supaya tak terguna,” tambah segelintir lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain