DALAM setiap rezeki kita, harus diingat terselit juga bahagian orang lain. Begitulah yang cuba disampaikan oleh seorang penternak ayam dalam perkongsiannya di X yang tular. Kisahnya bermula apabila seorang warga emas datang ke kediamannya untuk meminta sebiji telur ayam kampung. Dia yang senang disapa Haziq mengakui berasa kurang senang dengan diri sendiri apabila mengenangkan seorang makcik terpaksa berjalan jauh demi mendapatkan sebiji telur daripadanya. Seorang warga emas memberi telur masak kicap sebagai balasan kepada Haziq. -Gambar hiasan "Awal pagi pukul 7.30 pagi, jiran saya datang ketuk pintu. Nak minta telur ayam kampung sebiji. "Maaf ya, memberikan sebiji telur kepada seorang makcik umur hampir 70 tahun yang berjalan sejauh 100 meter ke teratak saya adalah sangat menjatuhkan maruah seorang penternak ayam," ujarnya. Bagi menebus maruah dan memuaskan hatinya, Haziq terus memberikan 10 biji telur kepada makcik itu sebagai sedekah. Namun, pengusaha ayam di Lenggeng, Negeri Sembilan ini berasa terharu apabila makcik yang dipanggil mak ngah itu serta merta membalas kebaikannya. ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah tak mahu sedekah, siap menyindir dalam hati... Jemaah wanita diuji di Makkah, mata terbuka tapi tak nampak jalan! ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jemaah haji termenung tepi jalan, sesat 2 hari tak makan... Mutawif Malaysia ‘korban’ selipar, berkaki ayam bantu hantar balik hotel "Jadi saya bagi 10 biji. Telur masih baru kutip petang semalam untuk dia. Percuma saja. Tak lama lepas tu pukul 10 pagi dia datang bawa telur masak kicap tiga biji siap nasi. "Betul la Allah kata, kongsi rezeki ni... Allah akan tambah dengan yang lebih baik. Hidup berkomuniti kampung macam ni saya rasa adalah yang terbaik. "Nikmat rezeki terbaik Allah bagi pada saya," ujarnya. Dalam postingnya, Haziq turut menunjukkan foto beberapa biji telur ayam kampung hasil daripada ayam yang diternak. Nikmat rezeki terbaik Allah bagi pada saya. HAZIQ Tegasnya, dia berasa senang hati dapat memberikan telur percuma kepada makngah sebagai amal kebajikan kepada masyarakat kampungnya. "Tapi memang kelakar la. Dia dengan berkain batik, tudung sarung, gigih menapak ke rumah untuk sebiji telur. "Dia nak sebiji je lepas tu dia angkat ayam tengah mengeram tu dan cakap mak ngah nak yang ni. Sambil tunjuk telur bawah ayam tu. "Kelas kau mak ngah! Pilih yang fresh (segar). Saya tak kisah pun. Jiran-jiran kampung memang kenal barang (telur segar)... dan kami senang hati bagi mereka telur berkenaan," katanya lagi. Komen netizen di X. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang berasa teruja dengan kesanggupan makngah berjalan kaki demi sebiji telur. Rata-ratanya turut bersetuju dan memahami kehidupan masyarakat di kampung sebagaimana diceritakan Haziq. "Orang kampung memang macam tu. Dulu pergi rumah jiran minta limau, bagi percuma je. Saling memberi. "Mereka tanya saya cucu siapa, saya beritahu, satu kampung kenal. Komuniti kampung ni sangat kuat dan saling kenal," ujar salah seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube