suria

Isteri ada ijazah tapi IQ rendah... Lelaki kecewa pasangan tak pandai borak ‘deep’, elak topik berat - “Aku cerita masalah, dia main telefon”

Suami isteri perlu saling bertoleransi supaya rumah tangga kekal bahagia. -Gambar hiasan

TAHAP pendidikan mendorong kepada pembentukan akhlak dan intelektual individu.

Maka tidak hairanlah apabila ramai yang menjadikan akademik sebagai kriteria utama dalam mencari jodoh.

Menyedari perkara tersebut, seorang lelaki berkongsi kisah mengenai pasangan hidupnya yang merupakan graduan ijazah.

Menurut lelaki ini, meskipun isterinya berkelulusan tinggi, namun daya pemikiran yang dimiliki tidak krtikal seperti seorang graduan universiti.

Pasangan suami isteri tidak lekang daripada ujian rumah tangga. -Gambar hiasan

Pasangan suami isteri tidak lekang daripada ujian rumah tangga. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, isterinya juga dikatakan tidak pandai menilai atau menyedari perubahan yang berlaku di sekeliling.

"Aku tengok ramai yang letak kriteria pemegang ijazah semasa cari jodoh.

"Isteri aku pun ada ijazah tapi apabila borak topik berat sikit, dia tak berminat... common sense, critical thinking, emotional intelligence tak wujud," ujarnya memulakan cerita.

Beranggapan perilaku dan pemikiran isterinya tidak setaraf tahap pengajian yang dimiliki, dia turut menyatakan wanita terbabit enggan memberi respons pada luahan perasaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat isteri pemalas, suami tercari-cari kemanisan rumah tangga... Setiap hari bangun lewat, ‘berkira’ beri layanan batin

ARTIKEL BERKAITAN: Poket makin tebal, suami mula gatal! Cikgu ini tak setuju lelaki dituduh punca rumah tangga retak, ada juga isteri biadab siap kentut depan muka

"Aku nak juga seseorang yang apabila tengok raut wajah dah tahu ada sesuatu yang berlaku dan bertanya masalah yang dihadapi.

"Tapi apabila aku cerita masalah, dia sambil main telefon respons... 'ha, yeke'.

"Sampai satu tahap, ada masalah apa-apa aku dah tak ceritakan pada dia... pendam lagi bagus," luahnya lagi.

Bercerita lanjut, dia juga tidak memahami sikap isterinya yang enggan memandu sendiri ke pejabat dan lebih gemar menggunakan perkhidmatan e-hailing walaupun sudah dua tahun mempunyai lesen.

Mungkin masalah parenting, nak faham tengok latar belakang keluarga dia.

WARGA MAYA

Lebih menghairankannya, isteri yang hanya bekerja sebagai kerani tidak mempunyai keinginan untuk memajukan diri atau mendapatkan jawatan setaraf dengan pendidikan.

Tambahan pula, tempoh perkhidmatan sudah memasuki lima tahun.

Ujar lelaki ini, isterinya juga tidak menerima setiap saranan dan cadangan yang diberikan selain memberikan pelbagai alasan untuk menolak.

Wanita bekerjaya inginkan waktu bersendirian bagi mengurangkan keletihan yang dialami. -Gambar hiasan

Wanita bekerjaya inginkan waktu bersendirian bagi merehatkan diri. -Gambar hiasan

"Aku pelik apabila orang cakap pasangan yang ada ijazah ni pemikiran dia maju.

"Tidak ya! Semua tu bergantung pada diri seseorang sama ada dia mahu atau tidak. Jadi semua bergantung pada orang sekeliling, corak pemikiran serta persekitaran," katanya.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan yang diberikan.

Pelbagai reaksi diberikan warga maya pada luahannya.

Pelbagai reaksi diberikan warga maya pada luahannya.

Bagaimanapun, segelintir individu beranggapan corak pemikiran seseorang itu bukanlah dibentuk daripada tahap pengajian sebaliknya berdasarkan sikap serta status sosialnya.

"Ini bukan masalah ijazah tapi pemikiran dan perangai.

"Mungkin masalah parenting, nak faham tengok latar belakang keluarga dia. Contohnya, dia mungkin terlalu dikongkong, atau kurang diberi pendedahan sosial.

"Rasanya bukan kriteria pendidikan yang boleh bentuk perkara ni, sebab aku tengok ramai yang ada ijazah perangai macam ni.

"Ada orang dia enjoy belajar apa yang dia suka, student life memang seronok, bab kerja dan real life tak berapa enjoy. Jadi tak boleh letakkan expectation macam tu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain