suria

Wanita dibuang kerja anggap majikan jahat, tak hargai staf! Kini alami trauma berpanjangan, menangis setiap malam

Seorang wanita mengakui dunia pekerjaan penuh dengan cabaran. -Gambar hiasan

MENCARI pekerjaan merupakan sesuatu yang mencabar, malah untuk terus bertahan selepas mendapat kerja juga bukan perkara mudah.

Begitulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila dia diberhentikan secara tiba-tiba.

"Saya down (sedih). Saya rasa saya terperangkap. Bulan lepas saya diberhentikan kerja.

"Alasan mereka ialah saya tidak sesuai bekerja di situ," katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup. -Gambar hiasan

Bersedih dengan insiden yang berlaku, wanita berkenaan berkata ia merupakan pengalaman pertama dia dibuang kerja.

Dia turut mendakwa syarikat itu sering membuang pekerja dan tidak menyangka turut menjadi salah seorang mangsa.

"Saya tak sangka saya pun kena," ujarnya tanpa mendedahkan pekerjaan yang dilakukan dan lokasi dia bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Diarah pindah ke tempat kerja jauh dari rumah, wanita terpaksa resign! Sedar bos guna cara ‘halus’ buang staf

ARTIKEL BERKAITAN: Rider hamil 7 bulan dibuang kerja, kantoi suami tolong hantar pesanan! Hasrat kumpul duit belanja bayi terbantut

Wanita itu memberitahu, selama ini dia sentiasa menjaga maruahnya, sama seperti pendidikan dan prestasi kerja.

Menganggap tindakan majikan memberhentikannya sebagai memalukan, ia membuatkan dia trauma untuk memohon kerja baharu.

"Kali ini saya rasa down. Saya takut mohon kerja lain jika mereka tahu saya pernah diberhentikan. Perkara tu memalukan.

Percaya kepada yang Maha memberi Rezeki... majikan macam tu pun rezeki Allah yang beri.

WARGA MAYA

"Jujur saya sedih bercampur down. Saya rasa terperangkap, saya takut melangkah. Saya malu jika ada yang sebar.

"Demi Tuhan, saya kerja di syarikat itu dengan amanah dan ikhlas tapi jahat betul majikannya. Kuat membuang pekerja," jelasnya.

Setiap daripada kita berdepan pelbagai cabaran dalam dunia pekerjaan. -Gambar hiasan

Mengakhiri luahan itu, wanita berkenaan buntu apakah yang perlu dilakukan seterusnya.

"Sekarang macam mana saya nak bangkit? Saya malu dan takut. Malam-malam saya menangis mengenang nasib ini," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan simpati terhadap nasibnya di samping memberikan kata semangat.

"Saya rasa kamu jadi down sebab kamu pasang harapan tinggi pada syarikat tu. Kamu sendiri cakap majikan kamu suka buang pekerja. Di situ kamu boleh standby giliran kamu pula yang akan dibuang.

"Percaya kepada yang Maha memberi Rezeki. Majikan macam tu pun rezeki Allah yang beri.

"Kalau kena tanya kenapa tinggalkan syarikat lama, cakap je syarikat nak downsize, ramai staf dilepaskan. Jangan cakap diberhentikan," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain