suria

Suami dituduh rogol anak, berzina dengan mentua! Lelaki ini hidup sengsara turun naik mahkamah, malu wajah terpampang di media

Seorang lelaki menceritakan penderitaan berdepan bekas isteri penghidap skizofrenia. -Gambar hiasan

KEBIASAANNYA kita disajikan dengan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan penderitaan isteri dan anak gara-gara sikap suami.

Namun berbeza pula bagi seorang lelaki ini apabila hidupnya tidak tenteram dek kerana kelakuan bekas isteri.

Menerusi hantaran di grup Tanya Peguam di Facebook, dia menceritakan semula kesengsaraan dihadapi gara-gara isterinya berhalusinasi perkara buruk tentangnya.

"Bekas isteri seorang guru ada gangguan mental (skizofrenia) sejak 2019 sampai sekarang.

Seorang suami menderita apabila kerap difitnah bekas isteri. -Gambar hiasan

"Dia kena buat rawatan psikiatri serta makan ubat jenis risperidone, tapi selalu elak," katanya memulakan cerita.

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identitinya ini, bekas isterinya didakwa menabur pelbagai kisah tidak benar mengenainya selepas berpisah.

Lebih keterlaluan apabila isterinya membuat laporan polis dengan pelbagai tuduhan membabitkan isu jenayah.

"Dia fitnah saya sebagai penagih, pengedar dadah dan scam (tipu) duit dia RM50,000. Selain itu dia fitnah saya tukar nama rumah dan kereta dia kepada nama saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri panas baran, silap sikit terus naik tangan! Suami akhirnya buka mata, ‘angkat kaki’ lepas 10 tahun didera

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru habis pantang dibelasah suami kantoi 'check in' hotel di Port Dickson, polis siasat kes

"Paling jijik dia fitnah saya cabul anak yang berumur tujuh tahun serta fitnah berzina dengan mak dia sendiri.

"Anak disahkan doktor tiada kesan cabul tapi dia telah buat laporan polis sehingga saya masuk lokap dan sekarang sudah jadi kes polis dituduh di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," jelasnya.

Susulan itu lelaki berkenaan kini sedang mencari jalan untuk membersihkan namanya kerana terpalit kontroversi yang tidak dilakukannya.

Buat video luahan. Pastikan dapat nasihat peguam untuk buat. Nak saman pun si isteri tak sihat.

NETIZEN

"Semasa di mahkamah wartawan ambil gambar saya dalam keadaan tangan bergari dan masuk surat khabar.

"Kejadian ini sudah mencemar nama baik saya dan sudah buat saya ada rekod jenayah. Boleh ke saman fitnah terhadap bekas isteri," soalnya bagi mendapatkan kepastian.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memberikan cadangan kerana bersimpati dengan nasibnya.

Komen netizen di Facebook.

"Nak dakwa orang bagi kes dadah pun kena ada bukti. Kena buat ujian air kencing dulu. Elok encik saman dan buat tuntutan pada bekas isteri.

"Buat video luahan. Pastikan dapat nasihat peguam untuk buat. Nak saman pun si isteri tak sihat. Biar orang ramai dan sekeliling jelas dan faham dengan situasi dan keadaan sebenar bekas isteri.

"Pesakit schizophernia ni banyak berhalusinasi. Adik ipar seorang pesakit schizo dan kami tempatkan di pusat jagaan di Chemor, Perak.

"Apabila famili jaga memang sukar sebab ubat tak nak makan, tak hadir temu janji doktor," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain