suria

Wanita nak jual buah pinggang di Facebook, buka harga RM55,000 sebelah... Rupanya terdesak cari duit bayar hutang keluarga!

Tangkap layar (screenshot) salah seorang warga maya 'mengiklankan' untuk menjual buah pinggangnya kerana memerlukan wang. -Gambar sekadar hiasan

KEWUJUDAN pelbagai platform media sosial bukan hanya memudahkan komunikasi, malah ia turut bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan.

Bukan hanya barangan serta perkhidmatan, tetapi apa yang mengejutkan, terdapat kegiatan penjualan buah pinggang secara terbuka menerusi media sosial.

Semakan mStar mendapati sebuah akaun Facebook 'Mencari Penderma Buah Pinggang' menjadi medium untuk segelintir pelayar menawarkan buah pinggang mereka untuk dijual kerana memerlukan wang.

kidney 1

Tangkap layar (screenshot) daripada iklan di laman Facebook berkenaan.

"Assalamualaikum ada tak yang memerlukan buah pinggang darah jenis A? Boleh PM (private message) area Sabah, terima kasih.

"Assalamualaikum semua, saya mencari pembeli buah pinggang yang tinggal kawasan Johor... dah buat medical check-up, darah O. Ini nombor saya 01X-XXXXXXX.

"Saya nak jual juga buah pinggang saya sebelah. Sebab urgent sangat perlukan duit untuk lunaskan hutang dan keperluan rumah. Runsing sangat dah tak tahu nak cari duit dekat mana. Siapa yang duduk area Kedah boleh WhatsApp saya 01X-XXXXXXX.

"Hi, urgent jual sebelah buah pinggang RM55,000 saja, sebab urgent langsaikan hutang. Perempuan 26 tahun jenis darah O, sihat tak ada masalah kesihatan. Kalau berminat sila komen number. Saya nak bayar hutang keluarga," demikian antara sebahagian daripada hantaran yang dimuat naik oleh pelayar di laman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan minyak pengasih laris di Facebook! Ramai guna pikat bakal mentua, produk untuk gay pun dijual

ARTIKEL BERKAITAN: Selama ini teguk apa? Ramai tertipu beli air zam zam palsu di laman e-dagang... Baru tahu hanya jemaah haji dan umrah boleh bawa balik

Berdasarkan semakan, grup Facebook tersebut sehingga kini disertai oleh lebih 700 ahli dan aktif.

Ia secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya ramai, sama ada kegiatan haram penjualan organ sememangnya wujud di Malaysia seperti sesetengah negara tertentu.

Bagi yang beragama Islam, pendermaan organ adalah harus, manakala perdagangan organ adalah haram.

UNIT PERKHIDMATAN TRANSPLAN KKM

Memetik risalah yang diterbitkan Unit Perkhidmatan Transplan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kegiatan jual beli organ adalah dilarang.

Menurutnya, KKM tidak akan membuat sebarang bayaran sekiranya seseorang telah menderma organ, dan pesakit yang menerima organ tersebut juga tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran kepada penderma.

kidney 2

Mereka yang ingin menderma organ perlu mendaftar sebagai penderma organ secara sah mengikut prosedur KKM. -Gambar hiasan

"Selain itu, pemberian hadiah ataupun sebarang insentif bukan berbentuk kewangan juga adalah dilarang.

"KKM sentiasa komited bersama-sama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk membanteras pemerdagangan organ manusia.

"Bagi yang beragama Islam, pendermaan organ adalah harus, manakala perdagangan organ adalah haram," menurut risalah berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain