suria

Terlupa lap satu tingkap, pekerja F&B dibuang tanpa notis! Terkejut dapat mesej wakil bos - “Aku rasa kau tak sesuai kerja sini”

Seorang pekerja F&B berkongsi cerita dibuang kerja tanpa notis. -Gambar hiasan

ISU penindasan terhadap pekerja membuktikan masih ramai majikan yang tidak cakna dengan isu kebajikan dan kemanusiaan.

Menerusi laman X, seorang lelaki mendakwa dia menjadi mangsa penindasan apabila ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang notis atau sebab munasabah.

"Saya diberhentikan kerja tanpa sebarang surat, surat amaran atau sebab yang munasabah.

Kisah penindasan di tempat kerja oleh majikan banyak dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

"Alasan yang tak boleh pakai... aku rasa kau tak sesuai kerja dekat sini," katanya kecewa.

Difahamkan lelaki ini bekerja dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), namun tidak dinyatakan secara terperinci.

Menerusi posting sama, lelaki itu turut berkongsi tangkap layar mesej pemberhentian kerja yang dipercayai dihantar kepadanya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mujur FB ada fungsi ‘translation’, majikan kantoi amal diskriminasi gaji... Gadis ini selidik iklan berlainan bahasa, kerja sama upah berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya kenapa ‘gaji dipotong’ dianggap biadab, gadis terkedu bos jawab ‘esok tak payah datang kerja’... kini cari rezeki jual kek batik!

"Salam, ini minggu terakhir kau kerja. Minggu depan dah tak payah masuk. Terima kasih untuk beberapa minggu ini.

"Aku rasa kau tak sesuai kerja dekat sini. Minggu ni boleh pulang baju dan apron," kata pengirim mesej yang dipercayai wakil kepada pengurus tempat dia bekerja.

Saya diberhentikan kerja tanpa sebarang surat, surat amaran atau sebab yang munasabah.

PENGADU

Jika diteliti pada salah satu respons yang diberikan kepada netizen menerusi ciapan balas, lelaki ini berkata pemberhentian itu berkemungkinan disebabkan kesilapan kecil yang dilakukan.

"Sebabnya, saya missed (tertinggal) lap satu tingkap. Lepas tu ada beef (masalah) dengan incharge," jelas lelaki itu.

Perkongsiannya ternyata mengundang simpati ramai dengan rata-rata menyarankan agar dia mengambil tindakan terhadap majikan berkenaan.

Komen netizen di laman X.

Susulan luahannya menjadi tular, lelaki berkenaan tampil dengan perkongsian baharu pada petang Isnin.

Dia sekali lagi berkongsi tangkap layar mesej daripada wakil majikan bagi menjelaskan tentang salah faham yang berlaku.

"Aku kena masuk balik ke? And solve problem ni dengan cara baik?" tulis lelaki itu mengiringi tangkap layar tersebut.

mesej majikan

Tangkap layar mesej daripada wakil pengurus kepada pengadu.

Mesej itu antara lain menyatakan berlaku kesalahan komunikasi berhubung proses pemberhentian kerja terhadap pengadu.

Dinyatakan juga pihak syarikat hanya akan menamatkan perkhidmatan pekerjanya selepas mengeluarkan tiga surat amaran berhubung pelbagai salah laku di tempat kerja.

Susulan itu lelaki berkenaan dipanggil kembali bekerja namun diberi amaran agar tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tindakan lanjut lelaki berkenaan sama ada kembali bekerja atau tidak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain