suria

Wanita mengeluh, ibu bapa anak asuhan liat bayar gaji... Siap minta diskaun selepas tinggal budak-budak bermalam

Pengasuh dan ibu bapa perlu mencapai persetujuan tentang kadar bayaran dan cara penjagaan. -Gambar hiasan

PERKHIDMATAN pengasuh antara keperluan utama masyarakat masa kini.

Bagaimanapun, kadar bayaran adalah berbeza mengikut individu tersebut dan dinilai berdasarkan usia serta cara penjagaan serta kos yang dikeluarkan.

Susulan daripada itu, media sosial sering menjadi lubuk pertanyaan berhubung kadar bayaran yang dikenakan sehingga mencetuskan perdebatan.

Terkini, seorang wanita cuba mendapatkan pandangan tentang situasi yang dialaminya.

Kanak-kanak bawah usia dua tahun perlukan penjagaan rapi. -Gambar hiasan

Kanak-kanak bawah usia dua tahun perlukan penjagaan rapi. -Gambar hiasan

Ia berikutan, ibu bapa kepada anak asuhannya mendakwa kadar bayaran yang dikenakan adalah terlalu tinggi.

"Salah ke saya caj 10 hari mengasuh dari pukul 3 petang sehingga 3 pagi setiap hari kecuali Isnin, sebanyak RM600 termasuk bermalam semalam pada bulan Julai.

"Mahal ke kalau saya caj RM600 untuk budak berusia dua tahun dan lapan tahun bagi empat hari tiga malam," ajunya di laman Facebook.

Menurut wanita ini, kadar bayaran tersebut pada awalnya sudah dipersetujui kedua-dua ibu bapa anak asuhannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata ibu meleleh di rumah pengasuh, pelukan hari terakhir undang rasa hiba - “Tak terbalas apa yang Mak Ani buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jaga anak cikgu, pengasuh pun terima bonus! Ibu asuhan ini syukur dapat majikan baik, selalu ‘hulur’ lebih

Namun apabila tiba hari bayaran, kedua-dua individu tersebut berubah fikiran dan mendakwa dia meletakkan harga yang tinggi.

"Sampai hari gaji, parent tak setuju dan cakap nak bayar RM500 sahaja untuk bulan Julai.

"Mereka minta tangguh bayaran juga, kemudian si suami tu cakap dia tak tahu pasal perjanjian tu sedangkan dah dipersetujui oleh si isteri," luahnya lagi.

Dalam pada itu, wanita ini turut menyatakan dia menyediakan makan dan minuman untuk kedua-dua anak asuhan tersebut.

Bagi saya dah okay tu sebab kena bangun pukul 3 pagi, dah kira ganggu masa kita nak tidur.

WARGA MAYA

Malah dia juga tidak meminta bayaran tambahan apabila ibu bapa terbabit menghantar anak lebih awal atau mengambil lewat daripada masa yang dijanjikan.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya berpandangan kadar bayaran yang dikenakan adalah setimpal dan bersesuaian kerana kedua-dua anak asuhan terbabit disediakan makanan dan bermalam.

Tambahan pula, tempoh penjagaan adalah selama 12 jam.

Tidak kurang juga yang beranggapan kadar tersebut mahal kerana usia seorang kanak-kanak adalah 8 tahun dan sudah boleh menguruskan diri sendiri.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing.

"Bayar untuk tidur tu mahal, macam kat hotel.

"Bayaran RM500 untuk tidur malam tu, sis minta tambah RM100 kira murah dah... tapi kalau minta RM600 untuk bermalam tiga hari, agak mahal juga.

"Bagi saya dah okay tu sebab kena bangun pukul 3 pagi, dah kira ganggu masa kita nak tidur. Lagipun yang dua tahun tu berak bukan reti basuh sendiri lagi.

"Terpulang pada pemberi perkhidmatan nak letak harga berapa. Selepas ni, pastikan buat perjanjian bertulis dan ada tandatangan kedua-dua suami isteri," ujar beberapa warga maya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain