MEMILIH jodoh sememangnya bukan perkara yang mudah. Jika tersalah pilih, rumah tangga yang bakal dibina mengundang musibah di kemudian hari. Justeru ramai berpendapat jodoh yang datangnya daripada pilihan ibu bapa adalah yang terbaik. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Namun bagi seorang gadis, dia tidak pasti sama ada ibu bapanya membuat pilihan yang tepat dalam memilih bakal menantu mereka atau sebaliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak kahwin, BF masih ‘gila’ patung anime! Gadis berubah hati lepas kenal bakal abang ipar, lebih matang dan ‘caring’ Belum berpeluang untuk mengenali secara dekat, dia cuba membuat ‘risikan’ bagi mendapatkan kepastian siapakah bakal suaminya itu. “Apabila aku stalk akaun media sosial, lelaki tu handsome,” katanya menerusi satu luahan di laman X. Seorang pemuda sering memuat naik videonya di laman sosial. -Gambar hiasan Di sebalik wajah kacak pemuda berkenaan, dia bagaimanapun terkejut melihat setiap video yang dimuat naik lelaki itu di laman sosial. “Dia handsome tapi banyak post video kat TikTok. Aku harapkan pilihan mak ayah aku tu macam lelaki sejati. “Tapi yang ini? Allergic tengok dia menari sakan kat TikTok,” ujarnya kesal. Tunjuk kat mak ayah apa yang dia buat kat TikTok sebelum terlambat... buat bantahan sekeras-kerasnya. WARGA MAYA Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada gadis itu memaklumkan tentang perkara sebenar kepada ibu bapanya atau tidak. Susulan pendedahan yang dibuat, rata-rata warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa gadis itu. Malah, segelintirnya menyarankan gadis itu supaya membuat bantahan sebelum terlambat. Gadis ini terkejut mengetahui karakter sebenar bakal suaminya. -Gambar hiasan “Boleh tunjuk kat mak ayah apa yang dia buat kat TikTok sebelum terlambat. Buat bantahan sekeras-kerasnya. “Perkahwinan yang diatur macam recruitment (pengambilan pekerja). Kau dah tak suka, beritahu mak ayah minta tukar calon. “Tunjukkan video-video tu kat mak ayah awak. Ia mungkin akan mengubah fikiran mereka,” demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube